Friday

UBD Rafflesia Garden

Friday
5 comments
UBD Rafflesia Garden
Salam 1 Malaysia, UBD Rafflesia Garden adalah sebuah lagi kebun baru yang dibuka kepada pelawat yang ingin melihat keunikan Bunga Rafflesia.

UBD merupakan singkatan kepada nama orang YUBIDI. Nama ini adalah satu nama yang unik kerana sukar dicari nama orang yang serupa dimana-mana daerah Sabah ini. 

UBD Rafflesia Garden telah mula diselenggara oleh keluarga besar UBD sejak tahun 2008. Pengujudan UBD Rafflesia Garden ini adalah hasil idea dari ahli keluarga besar UBD yang telah berjaya menyelenggara ADENNA Rafflesia Garden. Kebun ini tidak asing lagi oleh pemandu-pemandu pelancong dan pelawat seluruh dunia. Anda boleh melihat kejayaan kebun ini melalui blog-blog mereka yang telah datang ke kebun ADENNA Rafflesia Garden. 

Parasit Rafflesia ini telah mula membentuk bonjolan pada bulan Julai 2012 di UBD Rafflesia Garden dengan dikawal selia oleh penyelenggara ADENNA Rafflesia Garden sendiri. Kini anda semua boleh melihat Bunga Rafflesia yang sedang berkembang buat kali pertama pada hari ini 19 April 2013 di UBD Rafflesia Garden.

Lokasi UBD Rafflesia Garden adalah 1.5 kilometer sebelum Taman Air Panas, 2 minit perjalanan menggunakan kenderaan sebelum sampai ke Taman Air Panas Poring. Simpang ke kanan sebelum SK.Poring, Ranau. Bunga Rafflesia ini boleh dilihat dengan berjalan kaki selama 3 minit dari tempat letak kereta. Selamat datang ke UBD Rafflesia Garden

Nama Kebun: UBD Rafflesia Garden
Lokasi: Kampung Poring, Ranau
Alamat: P.O.Box 433, Poring Hot Spring, 89308 Ranau
H/P: 0198011602 (Abidin), 0138754254 (Sabrinah), 0138651130 (UBD) 

 


read more

Thursday

Kiram's Village di Kundasang Ranau

Thursday
0 comments

Jamalul Kiram Datuk Mohd. Zakaria


Kiram's Village Cabin terletak di Mesilau, Kundasang, Ranau. Lebih Kurang 40 minit dari Pekan Ranau dan 90 minit dari Kota Kinabalu.

Akibat daripada pencerobohan Lahad Datu, telah timbul tanda tanya tentang Resort Kiram's Village di Mesilau, Kundasang Ranau. Bukan sahaja di ruang Facebook tetapi juga website dan blog.

Menurut Utusan Online, pemilik Kiram's Village ialah Jamalul Kiram Datuk Mohd. Zakaria. Dia adalah rakyat Sabah yang kebetulan namanya sama dengan Jamalul Kiram III (Pengasas Pencerobohan Sulu ke atas Sabah). Beliau dilahirkan di Kota Belud, mengaku mempunyai darah Suluk yang diwarisi daripada datuknya yang juga dilahirkan di Kota Belud kira-kira 1900-an lalu dan pernah bertugas sebagai anggota polis British dan Ketua Anak Negeri semasa Malaysia belum mendapat kemerdekaan. Bapanya, Mohd. Zakaria Mahol, 89, sebelum ini merupakan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan telah berkahwin dengan ibunya, Aisah Teo Abdullah.

Jamalul Kiram Datuk Mohd. Zakaria merasa kesal dengan spekulasi yang ditimbulkan oleh berbagai pihak sehingga menjejaskan perjalanan Resort Kiram's Village. Baliau menafikan sekeras-kerasnya fitnah dan tohmahan yang disebarkan itu sambil menegaskan bahawa beliau adalah warganegara Malaysia yang taat dan setia kepada Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Sabah, Perlembagaan Persekutuan, negeri serta negara ini.


read more

Tuesday

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2013

Tuesday
0 comments
PISMP 2013

Permohonan PISMP 2013 program Ijazah Sarjana Muda Perguruan secara online bagi  lepasan SPM, UEC, SMA dan SMU. Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Nota Ringkas:
  • SPM( Sijil Pelajaran Malaysia)
  • UEC ( Unified Examination Certificate)
  • SMA (Sijil Menengah Agama)
  • SMU (Sijil Menengah Ugama )
Permohonan Ijazah Muda Perguruan PISMP 2013 lepasan SPM – Ambilan Jun
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Jenis Ijazah : Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Mod Kursus : Sepenuh Masa
Permohonan perguruan PISMP 2013 lepasan UEC SMA SMU – Ambilan Khas Jun 2013
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Pilihan Ijazah
  • Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Cina Pendidikan Rendah)
  • Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Pendidikan Islam Pendidikan Rendah)
Mod Kursus : Sepenuh Masa
Cara Permohonan Online PISMP 2013
Untuk mengemukakan permohonan, sila layari http://www.moe.gov.my. Permohonan dibuka mulai 22 Mac 2013.

read more

Saturday

Berita Terkini Lahad Datu

Saturday
0 comments

lahad datu ops daulat gambar lahad datu terkini berita 15 mac 2013
Berita Terkini Lahad Datu (15 Mac 2013). Operasi Daulat yang memasuki hari ke-11, pada Jumaat 15.3.2013 menyaksikan operasi menggempur serta menjejak pengganas di Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk terus diperhebatkan
Selain dua kawasan itu, operasi membersih dan menjejak militan yang kini bergerak dalam kumpulan kecil terus diperkukuh, termasuk mempertingkat sekatan jalan raya di luar kawasan operasi
Operasi menggempur habis-habisan itu juga menyaksikan ketibaan dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109, di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16
Gambaran Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam bahawa Operasi Daulat kini di penghujung semakin jelas, dan ketibaan helikopter jenis peninjau serta pengangkut menggunakan enjin berkembar itu akan terus memperkukuh kekuatan sedia ada dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas
Agusta Westland AW1091 tentera lahad datu terkini berita 15 mac 2013
Zulkifeli berkata ketibaan pesawat itu bakal disertai 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia secara berperingkat
Langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh negara ini sama ada di laut dan darat, katanya
Berikutan gerakan ofensif yang makin diperhebat, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang akhbarnya sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pengamal media agar tidak memasuki kawasan Operasi Daulat bagi menjamin kelancaran serta kejayaan operasi itu
Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 58 musuh, manakala di pihak Malaysia, lapan anggota polis dan dua tentera gugur.
Pasukan keselamatan turut menahan 97 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan itu manakala 156 orang lagi ditahan kerana berada dalam kawasan larangan

read more

Tuesday

Adakah Musa Mengetuai Penceroboh Lahad Datu?

Tuesday
0 comments


Adakah Musa Komander SULU ?
Sebanyak 18 mayat penceroboh militan dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi (10/3/2013), Salah satu mayat tersebut dipercayai ketua kumpulan penceroboh yang berpangkat jeneral dan dikenali sebagai Komander Musa.

"Satu mayat itu macam rupa Komander Musa,” demikian kata Ketua Forensik Operasi Daulat, ASP Hussien Omar Khan.

Ketua Polis Daerah, Supt. Shamsudin Mat berkata, sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

"Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat,” katanya tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi.

read more
 

STATISTIK

Pengikut

Info Popular