Home » » Benarkah Kemesraan Di Alam Percintaan TidaK Selamanya?

Benarkah Kemesraan Di Alam Percintaan TidaK Selamanya?

BERPEGANG TANGAN MELAMBANGKAN KEMESRAAN

Kemesraan semasa bercinta tidak akan berkekalan selepas mendirikan rumahtangga. Lebih-lebih lagi jika pasangan itu sudah mempunyai cahaya mata yang banyak. Setakat mana kata-kata ini benar pada pendapat anda?

Dalam rancangan radio Sabah, "Bah! ngam lah 2" dari jam 2.00 hingga jam 4.00 petang tadi melalui gelombang 104.5 mhz membincangkan " mengapa kebanyakan pasangan semasa bercinta dan baru lepas berkahwin suka sangat berpegangan tangan tetapi apabila sudah lama berkahwin dan mempunyai ramai anak, tidak lagi mahu memegang tangan pasangannya?".

Sepanjang rancangan itu ada beberapa yang memberi pendapat mereka melalui telepon dan sms. Ada seorang lelaki yang berpendapat jika sudah banyak anak dan masih berpegangan tangan, keluarga tersebut menjadi seperti gerabak kereta api yang bertautan semasa berjalan di mana-mana. Maksudnya mereka sekeluarga berpegangan tangan kesana-kemari. Hehehe..lucu juga kan! Yang lain pula berpendapat, musim muda-muda tangan si dia halus seperti kain satin tetapi bila dah tua-tua,tangan dia kasar seperti batu kasar. Alamak! ini lagi dahysat, sampai hati dia cakap begitu kan!

Bagaimana pun ada juga anak (Baby, mungkin nama samaran) yang menelepon dan menyatakan bahawa ibu bapanya masih berpegangan tangan walaupun sudah lama berkahwin dan anak itu sendiri sudah pun berumur 21 tahun. Bila DJ itu tanya apa perasaan si Baby melihat ibu bapanya berpegangan tangan, dia menjawab bahawa dia sangat gembira dan merasakan ibu bapanya 'romantik'.

APAPUN SITUASI TETAP BERPEGANG TANGAN

Saya bawa perbincangan ini untuk kita sama-sama memberi merenung dan memberi pendapat masing-masing.

Pertama, jika anda seorang lelaki yang telah berumahtangga, benarkah waktu kita dilamun cinta suka sangat memegang tangan si buah hati kita tetapi sekarang tidak lagi. Mengapa?

Kedua, jika anda seorang wanita yang sudah berumahtangga dan waktu berkasih sayang dengan si jejaka pujaan hati masa dahulu dia seperti tidak ingin melepaskan tangan anda dalam gengamannya tetapi kini telah berlalu dan tidak lagi seindah itu. Mengapa terjadi seperti itu, apakah perasaan anda dan siapakah yang menyebabkan keindahan itu semakin pudar sinarnya?

Ketiga, jika anda seorang yang masih belum berkahwin dan mempunyai ibu bapa yang masih romantik dan berpeganan tangan semasa berjalan di mana-mana, apa perasaan anda?
Suka dengan gelagat mereka, gembira atau tidak senang melihat mereka?

Keempat, jika ibu bapa anda tidak lagi berpegangan tangan, si ayah jalan di depan manakala si ibu terikut-ikut di belakang dan anda menyusul di belakang mereka, apa perasaan anda? Adakah anda sedih, kesal atau teringin melihat ibu bapa anda semesra di musim mereka di lamun cinta waktu muda mereka seperti Romeo and Juliet?

Terima kasih dengan pendangan anda.

0 comments:

Post a Comment