Home » » CARA MENGHILANGKAN IKLAN ASING DALAM BLOG

CARA MENGHILANGKAN IKLAN ASING DALAM BLOG



Bertemu kita kembali dalam memperkatakan tentang bagaimana cara menghilangkan iklan asing dalam blog. Saya telah cuba mencari tempat-tempat dalam gadget kalau-kalau iklan yang saya perkatakan semalam menyelit atau bersembunyi. Sejak pagi tadi saya cuba mencari berbagai kaedah untuk menghilangkan iklan itu. Sekali-sekala saya membaca dalam ulasan entri saya semalam kalau-kalau ada pendapat dari rakan blog yang senior. Mungkin rakan-rakan sedang bercuti hari ini.

Bagaimana pun saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan blog yang sudi menziarahi blog saya sejak semalam. Setelah puas saya mencari jalan untuk menghilangkan iklan asing itu, akhirnya saya mengambil keputusan untuk mengambil jalan pintas dengan hanya disable url http://wanes.it.pn dari free hosting domain oleh popnic.com.

Sekarang baru saya sedar, mengapa harus mencari hosting domain yang lain sedangkan domain dalam blogspot.com juga secara free dan telah terbukti dan teruji. Saya lebih selesa dengan url saya sekarang dalam http://wanesweb.blogspot.com.
Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada blogspot.com dan tidak lupa kepada rakan blog yang telah memberi sokongan kepada saya yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog...

0 comments:

Post a Comment