Home » » INFO PENTING YANG PERLU ANDA TAHU !

INFO PENTING YANG PERLU ANDA TAHU !


Hai rakan-rakan budiman, terima kasih untuk anda semua yang sudi mengikuti info tentang air panas poring. Tempoh hari ada rakan yang komen pasal entri yang bertajuk "Apa Itu Taman-Taman Sabah". Terima kasih banyak-banyak dengan komen membina ini untuk kebaikan kita bersama 1 Malaysia.

Dalam entri tersebut saya cuma memasukkan 6 buah taman seperti dalam laman web utama Sabah Parks. Macamanpun maklumat dalam laman web Sabah Parks sedang dalam proses upgrade dan mengikut info terkini Sabah Parks, terdapat 8 buah taman yang telah diwartakan setakat ini, iaitu Taman Kinabalu (1964), Taman Tunku Abdul Rahman (1974), Taman Pulau Penyu (1977), Taman Pulau Tiga (1978), Taman Bukit Tawau (1979, Taman Banjaran Crocker (1984),Taman Merin Tun Sakaran (2004) dan Taman Pulau Sipadan (buat masa ini, baru kawasan daratan)(2009).

Untuk makluman rakan-rakan juga, saya tidak menyentuh tentang taman-taman yang lain dalam jagaan Sabah Parks. Saya cuma berkisar secara am sahaja tentang lagenda, maklumat orang kampung, dan aktiviti semasa yang berlaku di sekitar Taman Air Panas Poring dan penduduk sekitarnya.

Untuk maklumat lengkap keseluruhan Taman-Taman Sabah, rakan-rakan boleh masuk laman web rasmi Sabah Parks di http://www.sabahparks.org.my

0 comments:

Post a Comment