Home » » MUSUH NO-1 MALAYSIA SEDANG MENYERANG SECARA SENYAP

MUSUH NO-1 MALAYSIA SEDANG MENYERANG SECARA SENYAP


Salam untuk rakan-rakan semua, sejak kebelakangan ini banyak penyeludupan-penyeludupan DADAH dari Negara luar telah berjaya di patahkan oleh pihak berkuasa. Kita berbangga dengan kesungguhan mereka menangani gejala ini.

Apa yang menjadi persoalan adalah mengapa Negara kita Malaysia telah menjadi sasaran utama penyeludup-penyeludup DADAH dari luar Negara seperti Cina, Thailand, Pakistan dan sebagainya? Apakah Negara kita sedang dilanda keruntuhan moral dikalangan golongan anak-anak muda dan juga peringkat yang sudah berumur, di manakah silapnya?

Mungkinkah disebabkan oleh sikap ibu bapa yang kurang mempedulikan tingkahlaku atau keperluan anak-anak? Mungkinkah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya? Mungkinkah disebabkan ingin lari dari masalah? Mungkinkah disebabkan oleh kurang didikan agama?Mungkinkah mereka ini terpaksa atau dipaksa oleh pihak-pihak tertentu? Dan banyak lagi kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan hal ini terjadi.

Jawapannya juga terletak pada pandangan dan pendapat kita masing-masing. Pada pendapat saya, sesungguhnya individu itu sendiri mempunyai peratusan yang sangat tinggi dalam menangani ancaman yang sangat berbisa ini. Apa pun tekanan, apa pun godaan, jika individu itu tidak memilih untuk menjahanamkan diri sendiri dengan menjadi hamba DADAH, hal ini tidak akan belaku.

Sebelum MUSUH NO-1 MALAYSIA ini Berjaya melumpuhkan negara kita, mari sama-sama memeranginya habis-habisan. Apapun, memantapkan pembangunan insan dan didikan agama dikalangan masyarakat adalah senjata utama untuk memerangi gejala ini.

0 comments:

Post a Comment