Home » » Siapa orang pertama menemui air panas poring

Siapa orang pertama menemui air panas poring

Seorang pemuda mengambil rotan di hutan untuk pengikat pondok. Dalam perjalanan pulang rotannya tersangkut. Ia ke hujung rotannya untuk pastikan bahagian tersangkut. Huh!! rupanya seorang jejaka kacak menahan rotannya.

Mereka berkenalan lalu jejaka kacak mengajak pemuda itu untuk berpesta di kampungnya kerana pesta kamatan berlangsung. Tujuh hari tujuh malam mereka bersama baru lah pemuda itu dibenarkan pulang. Pemuda itu sedih kerana semasa dia mengambil rotan pesta kamatan akan dilangsungkan tiga hari akan datang. Setibanya di kampung, ia terkejut kerana rupanya ia bersama jejaka kacak hanya sehari.

Semasa pesta kamatan berlangsung, jejaka kacak telah datang untuk berpesta bersama pemuda itu tetapi orang lain tidak dapat melihat jejaka kacak itu. Setelah selesai, jejaka kacak pun kembali ke rumahnya.

Beberapa lama selepas itu, sekali lagi pemuda melalui rumah jejaka kacak tetapi ia terkejut dan hairan kerana tiada tanda-tanda perumahan di sana. Yang ada hanyalah sebuah batu besar. Sehingga sekarang batu besar dalam cerita lagenda ini masih ada di mana mata air panas poring keluar. Demikian lah lagenda penemuanya.. Nantikan "Japan vs British"

0 comments:

Post a Comment