Home » » Bernama : Pelajar Malaysia selamat dalam gempa bumi di Bali

Bernama : Pelajar Malaysia selamat dalam gempa bumi di Bali

JAKARTA: Semua pelajar Malaysia di Bali dilaporkan selamat dalam kejadian gempa bumi yang berlaku awal hari ini, kata Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar.

Katanya, MSD telah berhubung dengan pemimpin pelajar di Bali serta Pejabat Konsul General Kehormat dan pihak berkuasa tempatan telah memaklumkan mengenai keadaan keselamatan pelajar Malaysia.

"Sebahagian besar sedang bercuti di Malaysia dan ada lebih kurang 90 orang sahaja yang masih berada di Bali. Harta benda di Bali juga tiada yang musnah," katanya.

Beliau berkata, MSD akan memantau situasi di Bali sekiranya berlaku gempa susulan.

Dalam kejadian jam 1.43 pagi waktu Indonesia Barat, gempa bumi berukuran 6.6 pada skala Richter melanda Barat Daya Nusa Dua, kira-kira 210 kilometer dari Bali.

Setakat ini tiada sebarang laporan kerosakan harta benda atau kemalangan jiwa. - Bernama

0 comments:

Post a Comment