Home » » RAFFLESIA BLOOM

RAFFLESIA BLOOM


Bunga Rafflesia merupakan bunga yang terbesar di dunia. Bunga Rafflesia juga merupakan spesies bunga yang terancam. Bunga Rafflesia ini dihuraikan secara mendalam dan terperinci dalam buku "RAFFLESIA bunga terbesar di dunia" oleh Dr.Jamili Nais.

Baiklah tujuan saya kali ini bukan untuk menghuraikan tentang Rafflesia kerana semua maklumat ini boleh di perolehi dalam buku yang disebut tadi. Saya cuma ingin memberi makluman kepada anda yang ingin berkunjung ke Taman Air Panas pada hari ini. Tadi saya dari pekan Ranau dan sempat mengambil gambar signboad Rafflesia oleh orang kampung di luar Taman Air Panas. Menurut pemilik bunga Rafflesia ini masih boleh bertahan sehingga dua atau tiga hari dari sekarang.

Jenis bunga adalah Rafflesia Keithii. Lokasi bunga dari signboard dalam dua hingga lima minit berjalan kaki.(mengikut kelajuan seseorang). Status dan saiz bunga tidak di ketahui kerana saya tidak sempat untuk meninjau bunga ini. Signboard berada di sebelah kanan dari pekan Ranau. Lebih kurang 2 km dari Taman Air Panas.

Ini sahaja yang dapat dikongsikan kepada anda semua untuk kali ini.

0 comments:

Post a Comment