Home » » Siapakah Mereka ?

Siapakah Mereka ?



Apa yang terjadi kepada dua orang ini? Bagi yang tinggal di Bandaraya Kota Kinabalu, mungkin sudah biasa dengan orang ini. Mereka tidur di mana-mana tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu-lalang. Semalam saya melihat dua orang ini yang sedang tidur nyenyak di perantaraan tempat meletak kereta di kawasan Sinsuran.

Walaupun keadaan jalan raya sibuk dengan kenderaan tetapi tidur mereka tidak sedikitpun terjejas. Hairan-hairan! Mula-mula saya terserampak mereka, saya ingatkan mereka cuma ingin mengambil perhatian orang ramai. Apabila saya melalui tempat itu kedua kali, saya pun mengambil gambar aksi mereka yang sedang nyenyak tidur. Zzzz



Kamu kenalkah orang ini? "mungkin saudara kamu"! Eh! tidak-tidak, langsung tidak kenal lah! Kalau ada orang bertanyakan soalan ini, kemungkinan besar jawapan ini juga yang kamu beri. Hahaha...Kalau keluarga saya sendiri pun saya tidak mengaku, jauh-jauh!..

Apa yang menjadi persoalan bagi saya ialah, siapakah mereka ini, siumankah mereka, dari manakah mereka, apa yang mereka lakukan pada sebelah malamnya hingga jadi begini,tidur di tengah hari? Eheheh! jangan-jangan mereka main internet ini sepanjang malam seperti saya. Eh! terlepas cakap. Tarik balik-tarik balik... haha...

P/s sepatutnya pada zaman moden sekarang, tidak lagi wujud orang-orang yang masih tidak terjaga hidupnya sendiri seperti ini. Wahai anak-anak muda, janganlah sampai kita lupa bapa-bapa kita hingga terbiar macam ni ya! jauh-jauh...

Ini sahajalah untuk kali ini, saya kena out stesen hari ini, nanti malam kita jumpa lagi...

4 comments: