Home » » SPM/STPM = RM 550-650 ??

SPM/STPM = RM 550-650 ??




Kali ni kita tukar charnel, kita lupa dulu cerita pasal panas-panas ni. Isnin lalu saya ke Center Point Kota Kinabalu. Terdapat promosi jualan Tahun baru Cina di sana. saya berlegar-legar, naik turun ikut tangga malas. Bukan apa tapi tiada urusan yang penting sangat saya ke sana. Saja cuci-cuci mata. He.he..

Saya terserampak iklan di kedai jual cincin-cincin. Waduh! murahnya gaji, SPM @ STPM, RM 550-650 !! Saya ambil gambar iklannya. bila tauke nya balik-balik tengok saya, cepat-cepat saya meninggalkan kedai tersebut yang terletak di bahagian bawah Center Point.

Saya terfikir nasib anak-anak muda di masa akan datang. Kesukaran mencari kerja. Sekarang ni pun ramai lepasan ijazah yang belum mendapat kerja. Apa lagi yang lepasan SPM/STPM, tersangatlah susahnya. Teringat kata-kata guru kaunseling tempoh hari,katanya ibu bapa sekarang harus mengubah sikap untuk tidak mengharapkan sangat anak mereka masuk dalam bidang-bidang tertentu sahaja seperti guru dan perubatan kerana semakin hari semakin ramai yang menamatkan kursus atau pengajian mereka di IPTA dalam bidang ini, sedangkan kekosongan jawatan di seluruh malaysia sangat terhad.

Katanya lagi, anak yang kurang menyerlah dalam akademik, lebih baik di dorong untuk mengambil bidang kemahiran seperti kejuruteraan automobil. Kebaikannya ialah sekiranya mereka sukar mendapat kerja kelak, mereka boleh membuat bengkel sendiri atau sekurang-kurangnya boleh memperbaiki kereta yang rosak di tengah jalan. Wah bagus saranan guru tu kan, untuk di jadikan iktibar bagi mendorong anak-anak muda kita.

7 comments:

  1. sekarang pangkat ijazah pon mcm x laku..
    bersepah graduan..
    cara terbaik, belajar kemahiran..
    jgn sempitkan pandangan kat bidang2 professional je..
    skrg ni ramai je org boleh buat duit jadi jutawan
    tanpa ijazah pon..

    ReplyDelete
  2. bah...sy mo belajar lagi la ni

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas pandangan ana, yg mo blajar lagi bagus 2 sb zaman skrang ilmu tiada akhirnya...

    ReplyDelete
  4. skang nie dah ramai sangat orang yg pandai..zaman dulu , spm @ stpm dah kira tinggi...dah leh jadi cikgu..

    ReplyDelete
  5. taw xpe...adat dunia..kerja d bidang kemahiran lebih baik kepada lelaki..sbb ade stengah student yg blaja kmahiran,after graduate,duduk umah sbb xde org nk amek gurl kje...huhuhuhu..beruntung la lelaki lelaki sekalian...

    ReplyDelete
  6. Tima kasih smua, apa2 pun kita kena usaha terus utk capai apa pun juga cita2 kita. Belajar lebih tekun...

    ReplyDelete
  7. murahnye gajinye :(
    sapa la nak kerja situ. lau suka2 leh la

    ReplyDelete