Home » » Benarkah Telaga Air Panas Poring Itu Asli

Benarkah Telaga Air Panas Poring Itu Asli



Sekali pandang, nampaknya hanya kelihatan sebuah kolam berhampiran dengan sebuah batu besar. Opps!jangan silap teka, lihat betul-betul!! Sebenarnya mata air panas di Poring adalah ASLI dan memancut keluar dari bawah sebuah batu besar seperti dalam gambar, pihak Taman-Taman Sabah telah membuat kolam takungan yang di simen bagi mengumpul air panas supaya mencukupi untuk digunakan oleh pelawat-pelawat yang begitu ramai melawat setiap hari terutamanya hari cuti dan kelepasan am.

Air panas telaga sulfur terbentuk oleh aktiviti kawasan gunung berapi yang kurang aktif. Air panas ini merupakan hasil akhir kehilangan haba batu igneus (batu habluran) di perut bumi, yang mana terus menerus membebeskan wap panas dan gas ketika menyejuk. Fasa gas ini yang sebahagian besar daripadanya adalah wap yang tersangat panas, kehilangan sebahagian daripada habanya ketika naik ke permukaan bumi mengembang dan bertukar menjadi cecair membentuk menjadi mata air panas.

Kebanyakan mata air panas mengandungi karbon dioksida (CO2) dan hidrogen sulfide (H2S) pada kadar yang berbeza-beza dan garam mineral sentiasa wujud terlarut dalam air panas di telaga-telaga sedemikian. Oleh kerana itulah sulfur di dapati di telaga air panas sulfur.

Menurut maklumat, telaga air panas sulfur di Taman Air Panas Poring adalah hasil wap panas daripada Gunung Kinabalu. Kita bernasib baik kerana haba panas ini telah bertukar menjadi cecair air panas. Jikalau tidak besar kemunginan Gunung Kinabalu akan menjadi Gunung Berapi yang aktif. Jangan lihat saja!datang sendiri baru puas!!!

2 comments:

  1. ya butul tu sya sukung... bulih kasi jadi ubat kulit juga tu..dulu sya ada kurap... pas pigi sana ndak sudah gatal.. turus hilang sama baik.. bah ging saya kasi masuk blog ko dalam link blog saya kiii

    http://blog.thesutras.org

    ReplyDelete