Home » » UPACARA HARI KE TUJUH DARI KEMATIAN SEBAGAI ADAT ATAU KEBIASAAN ?

UPACARA HARI KE TUJUH DARI KEMATIAN SEBAGAI ADAT ATAU KEBIASAAN ?


Pada zaman dahulu kala, orang-orang Dusun terutama yang tinggal jauh dari pekan, akan mengadakan upacara hari ke tujuh selepas pemergian si mati.Upacara ini akan diadakan setiap kali ada orang yang meninggal. Tujuan upacara ini adalah untuk menghormati hari pemergian roh si mati daripada rumah yang dia tinggal semasa dia masih hidup.

Dalam upacara ini, semua barang-barang si mati seperti pakaian, tikar, selimut dan sebagainya akan disusun pada satu tempat di dalam rumah itu untuk tujuan memudahkan roh si mati menggambilnya. Orang-orang di kampung tersebut akan berkumpul di rumah itu dari awal petang hinggalah tengah malam. Terdapat juga upacara yang membubuh habuk atau abu di permukaan pintu. Tujuannya adalah untuk memastikan sama ada roh si mati datang untuk mengambil barang-barangnya. Mengikut orang-orang tua, jika terdapat jejak kaki pada abu tersebut bermakna roh si mati telah mengambil barang-barangnya dan membawanya pergi. (sekiranya ada jejak, benarkah itu jejak roh si mati, jejak kucing atau jejak jadi jadian?) inilah yang jadi persoalan. Apa yang saya dengar kadang-kadang ada jejak kucing pun di katakan jejak roh si mati. Hairan-hairan!

Apabila hampir jam 12.00 tengah malam lampu akan di padamkan. Ada yang mula memejam lampu dari jam 11.00 malam dan ada juga yang memejam lampu pada jam 11.30 malam mengikut kehendak keluarga si mati. Bila gelap gelita, orang-orang yang ada di sana tidak dibenarkan mengeluarkan suara mahupun mengeluarkan sesuatu cahaya sehingga lampu di pasang semula.



Nah lain sudah yang kamu fikir kan kalau gelap gelita, kalau ada cowok-cowok yang nakal, awas itu tangan entah-entah merayap ke mana? (nah keluar tajuk sudah!) nanti awek-awek berteriak! tuan rumah ingatkan awek takut roh si mati yang datang, rupa-rupanya tangan si gatal ambil kesempatan dalam kesempitan. ehek!(nah simpang lagi!)pukul tu tangan baru tau..

Jika zaman sekarang upacara tutup lampu tiba-tiba handpon kamu berdering , habislah kamu di maki-hamun keluarga si mati. Manalah tahu kan si buah hati tersangatlah rindunya lalu telepon kamu masa itu. Habis,habis!

Kalaulah saya kan, sengaja saya set deringan handpon yang he.he.heeee…(macam suara hantu) baru semua orang tau, sampai ada yang pengsan. Susah lagi hantar hospital. peduli lah kan, siram air satu baldi. he.he..

Selepas jam 12.00 tengah malam barulah lampu di pasang semula. Mari kita tengok, siapa yang kena!! Kalau kamu yang kena suruh tengok kalau-kalau ada jejak kaki pada abu yang di bubuh di muka pintu, kamu berani kah? Waktu saya kecil-kecil dulu, sudah pasang lampu pun masih dap-dup dap-dup jantung ketakutan sebab gelap bah itu..

Walau pun upacara tersebut tidak lagi di amalkan oleh semua orang, tetapi masih ada beberapa keluarga yang masih juga mengamalkannya. Bagi saya amalan itu adalah amalan kuno yang perlu di tinggalkan pada masa sekarang kerana kita semua sudah pun mempunyai agama dan kepercayaan masing-masing. Amalan ini hanyalah satu amalan yang telah menjadi kebiasaan dan bukan sebagai satu adat.

P/s Mungkin rakan-rakan sependapat dengan saya atau mempunyai pandangan yang lain,jadi persilakan untuk meninggalkan pandangan anda di bahagian comment..

Bye...dan jumpa lagi..

0 comments:

Post a Comment