Home » » Apa Jadi Dengan Tandas Sekarang ?

Apa Jadi Dengan Tandas Sekarang ?

Salam hujung minggu untuk semua. Tadi aku sempat singgah melihat situasi dan gelagat orang2 yang merayap2 di tamu dan pekan Kota Belud. Pekan ini terkenal dengan tamu hujung minggu.

Ramai penjual2 dan pembeli setiap hujung minggu. Tidak kurang juga yang saja berjalan2 untuk melihat gelagat sambil cuci2 mata macam aku. wakaka

Mengikut orang2 sini, dulu2 orang selalu jual2 kerbau dekat tamu ni tapi sekarang tinggal cerita jual kerbau yang ada. hahaha cepatnya masa berlalu kan

p/s

teringin naik kerbau, jalan2 sekitar kota belud tanpa guna tenaga dan cheap minyak. wakaka :P

Lepas merayau dekat tamu, aku ke pekan besar kota belud pula. Bila lama berjalan kena pergi ke 'pejabat pos' pula hahaha. itu panggilan kawan aku, faham2 lah korang ya :) belum faham juga! tandas awam..


Waduh! teruknya keadaan tandas dekat pasar tani, bersebelahan dengan padang kota belud. Aku berfikir sendirian, apa punca keadaan tandas di sini terlalu teruk. Pasal bayaran RM 0.20 sekali masuk aku langsung tak kisah tapi di manakah keselesaan pengguna untuk menggunakan tandas seperti ini. Mangkuk penyimbah air langsung tak ada. hanya baldi dan galen yang di potong terdapat dalam tandas ini.

Para pengguna terpaksa mengumpul air dalam baldi untuk menyimbah mangkuk tandas. Bagi orang yang malas menunggu sehingga baldi penuh dengan air untuk menyimbah mangkuk tandas, berkemungkinan bahan buangan di tinggalkan begitu saja . Sanggupkah korang memasuki tandas seperti ini?Kunci pintu tandas ini juga hanya menggunakan tali. So, pandai2 lah korang ikat pada paku yang di pacak pada tiang pintu. Oh dahsyat nya! Mungkinkah dahulunya kemudahan tandas ini lengkap sekali tapi akibat perbuatan orang2 tertentu yang kurang kesedaran merosakkan harta awam, maka tandas ini jadi begini?

Apakah kerajaan terlepas pandang keadaan tandas ini? semoga dengan pendedahan ini, pihak berkuasa akan mengambil langkah2 perlu untuk upgrade tandas2 ini.

...p/s..

1. cuba kita tanya keadaan tandas di luar negara dengan oh malaysia dan perantau london

2. adakah korang selesa menggunakan kemudahan tandas yang tidak sempurna ?

3 comments:

  1. tandas bersih, pengguna ceria

    ReplyDelete