Tuesday

Bunga Terbesar Di Dunia

Tuesday

Salam untuk semua yang berkunjung ke blog Macam-macam Wanes. Blog ini menghimpunkan bermacam-macam informasi khazanah alam semulajadi. Tahukah anda bunga yang paling besar di dunia? Bunga Rafflesia atau pakma yang sering mendapat jolokan sebagai bunga gergasi dan bunga terbusuk mempunyai pelbagai keunikan tersendiri berbanding bunga-bunga lain di muka bumi.

Tumbuhan ini merupakan sejenis parasit yang bergantung hidup pada tumbuhan perumah yang dinamakan Tetrastigma spp. Bunga Rafflesia merupakan tumbuhan yang dilindungi. Bunga ini hanya terdapat di kawasan Asia Tenggara sahaja. Yang paling menakjubkan, daripada 20 spesies Bunga Rafflesia di dunia, lapan daripada spesies tersebut terdapat di Malaysia. Inilah khazanah alam anugerah Tuhan buat bumi bertuah ini!

Nota : Segala maklumat terperinci boleh di baca dalam buku Rafflesia Bunga Terbesar di Dunia oleh Jamili Nais (2004).

Sebagai maklumat tambahan, Bunga ini boleh dilihat di Adenna Rafflesia Garden yang terletak di Kampung Poring, 2 km dari Taman Air Panas Poring. Jangan lepaskan peluang untuk melihat keunikan bunga ini yang sedang mekar dengan megahnya di Adenna Rafflesia Garden pada pagi ini 30 Mac 2010.

WELCOME !!!!

~ yesterday (evening) ~

29/3/2010


~ yesterday ( afternoon ) ~



~ yesterday 29/3/2010 (early in the morning) ~


~ photo on 2/3/2010 ~


~ location on left side from Ranau town ~

Selamat datang ke Adenna Rafflesia Garden untuk melihat keunikan bunga yang terbesar di dunia ini. Beberapa gambar dan maklumat Bunga Rafflesia di sini.

Kindly Bookmark and Share it:

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

 

STATISTIK

Pengikut

Info Popular