Home » » Di Mana Geng Blogger ?

Di Mana Geng Blogger ?

Klik gambar untuk lebih jelas

Salam untuk semua, pagi tadi hingga waktu aku post entri ni keadaan Geng Blogger masih seperti gambar di atas ni. Bila tengok budak kat gambar tu belek-belek laptop, rindu kat Geng Blogger amat terasa. Ahaks! macam kena buluh perindu dari GB. "Keh-keh-keh"


Ini pula gambar yang timbul bila kita klik Geng Blogger semalam. Apa yang membuatkan aku tertanya-tanya ialah apakah benar Geng Blogger ni diserang? apakah benar Geng Blogger akan berpindah ? atau macam-macam lagi persoalan yang di utarakan oleh blogger-blogger lain. Apa yang aku rasa perlu adalah, jika pihak admin Geng Blogger tidak keberatan, apa kata kalau mereka (admin) ni beri penjelasan dengan maklumat yang tepat dari mereka. Bukan apa tapi bila kita dah sebati dengan Komuniti Geng Blogger, rasa macam kehilangan sesuatu bila keadaan seperti sekarang berlaku. Aku rasa ramai lagi blogger-blogger lain yang dalam dilema seperti aku. "Hahaha"

Nota : siapa lah pula aku yang pandai-pandai memaksa Geng Blogger buat notis pemberitahuan , cuma hati ini yang tak tertahan ingin tahu perkara sebenar.

Pssttt. ada tak siapa-siapa blogger yang rasa macam aku rasa, rindu sangat GB ?

4 comments: