Home » » Gambar Ular Membaham Mangsa

Gambar Ular Membaham Mangsa

Salam untuk semua, semoga kita semua dalam keadaan yang sihat dan gembira, kali ni aku nak ajak korang tengok gambar2 yang aku sempat ambil di sekitar kawasan kinabalu walaupun jauh dari kaki gunungnya. Aku ada gambar ular membaham mangsa hingga siap menjamu selera. Ni jarang sekali kita dapat lihat.

Wakaka! jangan korang lari bah kalau ular! kadang2 ada orang yang takut ular ni kan, tapi yang Align Centersedang beca entri ni memang seorang yang berani. Tahniah untuk anda! tepuklah tangan bah! tepuk3...

Semasa membuat inventori haiwan di hutan yang masih termasuk dalam kawasan oh kinabalu, tiba2 aku perasan dengan pokok kecil yang sedang bergoyang kencang. bila aku amati, nampaknya seekor ular sedang menangkap mangsanya si mabuya

Aku perlahan mendekati ular ini sambil mengeluarkan kamera yang sentiasa menemani aku ke mana2 untuk mengambil gelagat ular ini menjamu selera di tengah hari.

.. psstt ..

aku sendiri lupa makan tengah hari gara2 menunggu si ular siap menjamu selera hampir 1 jam setengah bermula jam 11.52 pagi




~ ular menangkap mabuya dengan mengigit lehernya ~



~ ular mula menjamu selera dengan mendahulukan kepala mangsa ~



mangsa hampir siap ditelan (tinggal ekor belum)



~ Argg! dah kenyang dah! baik aku lari sbelum si bedebah ni pukul kepala aku ~

Ahaks, sakit mata si ular balik2 kena sinaran kamera aku yang bertuah. Banyak kali aku snep hingga mata nya terkenyit2. Wakaka mana ada, cakap saja aku ni, korang pernah nampak mata ular kenyit2 ke? Uhuks lari 100m kalau nampak ular

Selain ular dengan mabuya aku juga dapat snap seekor dinosour. hahaha bukan lah, seekor lizard saja, korang tengok lah, orang kampung aku panggil dia ni rudai gundaliu yang bermaksud rudai berubah2 sebab warna dia ni pandai berubah2. Kalau dia di tempat yang hijau, badannya jadi hijau tetapi kalau dia di tempat yang coklat atau grey, warna badannya pun bertukar jadi macam coklat/grey.

.. p/s ..

Jangan pula korang simpan dia di tempat yang merah, putih dan sebagainya selain hijau dan coklat/grey sebab kompem dia tak tukar warna hahaha

~ lizard ~



Patut lah berabad aku cari2 lizard ni kat hutan, tak jumpa2. Rupanya dia lepak2 kat kerusi empuk di google. hahaha :D

Rugi buat kaji selidik life habit dia ni, duduk dan tidur saja sepanjang hari. bangun2 minta kfc Ahaks!

p/s

aku sengaja simpan url dekat gambar untuk hak cipta. Siapa2 yang perlu gambar lengkap untuk buat asigment / tesis boleh berhubung terus dengan aku melalui email, ada kat atas dekat gambar aku yang tak hensem. hahaha

.. Terima kasih kerana sudi baca entri2 .. moga di murahkan rezeki ..

.. jumpa lagi ..

6 comments:

  1. fuh beraninya awak mendekati haiwan.. cayalah..

    Tapi eloklah sebab awak citer pasal kinabalu saya plak cerita pasal Melaka. Boleh la tukar2 citer

    ReplyDelete
  2. Hai lekir, takut 2 tak cuma perlu hati2. memang ni sebahagian kerja aku so, kira ok lah. orait Melaka aku suka sangat. nak datang sana nanti..tq

    Hello naman, tak geli coz dah biasa..tq coz sudi bagi komen. moga korang di murahkan rezeki hari ni..

    ReplyDelete
  3. Salam brom satu paparan yang menarik....

    ReplyDelete
  4. first time dengar istilah 'mabuya' dan 'rudai gundaliu', hehe..

    ReplyDelete
  5. Haha pakair, rudai gundaliu sebenarnya nama dusun/local saja. mabuya dalam keluarga cicak. tq atas komen, moga di murahkan rezeki.

    ReplyDelete