Home » » "Ingatkan Hujan, Rupanya Kelawar"

"Ingatkan Hujan, Rupanya Kelawar"

Sebelum kita memulakan cerita, sekali lagi aku mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada pengunjung blog ini. Tak kira sama ada yang silent reader mahupun yang sudi meninggalkan komen dalam blog oh kinabalu. Tanpa korang, blog ini akan kesepian. Moga korang semua sentiasa success. Wokey berbalik kepada tajuk entri, kali ini aku bawa korang melawat gua kelawar di oh kinabalu. Ada siapa2 nak ikut? mari2 kita naik angin macam p.ramlee terbang ke sana. Ahaks :)

Untuk ke gua kelawar ini aku dengan group telah berjalan sejauh 5.5 km. naik dan turun bukit, menyeberang beberapa sungai sambil menghirup udara segar di hutan tropika. Wah! bestnya kat sini, di pejabat sibuk dengan kerja2 pengurusan dan penyeliaan so ini lah masa release stress. Bertemankan siulan burung2, deru bunyi sungai. Kadang2 ternampak giant squirel (tupai besar) sambil mendengar suara emasnya wakaka :D dia pula ketawakan aku.

Akhirnya kita dah sampai di kaki gua kelawar. Untuk memasuki gua ini kita kena naik tangga, naik batu2 kena hati2 tau. Jangan sampai silap langkah, orang kata safety first.


~ hati2 naik woi ~

Kita ada kawan yang kira pro kalau pasal photografer, dia ni seorang yang kira teror pasal tumbuhan. Aku lebih mesra memangil namanya Lan saja. So, sambil id tumbuhan sepanjang jalan sambil snap gambar2 yang menarik. Setibanya kami di permukaan gua, bunyi seperti angin kuat. Kami pun berbual2.


Lan : wah! kuat angin pula

Wanes : Ya kan! tiba2 pula

pstt. rupa2 nya bunyi kelawar terlalu banyak hingga bila terbang seperti angin kuatnya

~ ini lah keadaan dalam gua kelawar ~

Kami memasuki gua ini sambil melihat sekitar gua dan melihat kelawar yang terlalu banyak berlegar2 di atas gua. Fuh! punya main bau di dalam gua. Kalau korang berniat nak melawat mana2 gua kelawar, baik korang makan sedia sebelum memasuki gua. Takut korang hilang selera makan lepas keluar dari gua. Sembang lagi.

Lan: Alamak hari nak hujan pula:P

Wanes: Habis lah! aku tak bawa rain coat ni, lupa dalam bilik tadi ;)

pstt. baru kau tau, dasar pelupa no.1 kinabalu :P

Dalam kegelapan gua kami berhujan sambil melihat gelagat kelawar2. Yang hairannya aku rasa tak basah kuyup pun ? Setelah puas di siram hujan, barulah kami sedar, rupa2 nya bukan hujan yang turun tetapi tahi kelawar. wakaka :D Celaka! aku tak bawa plastik sampah untuk pelindung, mujur lah kawan aku si Lan ada topi ala2 jepun. Korang lihat gambar bawah ni.


~ Kuak! geli2 dengan tahi kelawar ~

Apa2 pun lepas keluar dari gua kelawar kami hepi2 sangat. Bukan selalu kena hujan dengan tahi kelawarkan, cuma baunya melekat tau. Sampai rumah terus mandi, bau pun dah hilang. Lain kali nak datang lagi tapi mesti bawa plastik hujan supaya tak kena hujan tahi kelawar. Lampu suluh mesti bawa sebab gelap kat dalam gua, kasut mesti lasak. Aku pakai adidas kampung, korang pakai adidas bandar. wakaka :D

Sekian dulu untuk kali ini, so terima kasih atas kesetiaan korang membelek2 entri oh kinabalu. Moga korang di murahkan rezeki.


0 comments:

Post a Comment