Home » » Kerja Aku Bukan Macam Kerja Korang

Kerja Aku Bukan Macam Kerja Korang

Salam untuk 1 malaysia. entri kali ini hanyalah sebagai memaklumkan korang yang aku akan meninggalkan korang dari blog aku bermula hari ni hingga hari jumaat. Rasanya sedih juga meninggalkan korang tetapi apakan daya aku ni SYMP. Uik! apa benda tu? hahaha, sebenarnya singkatan kepada 'saya yang menurut perintah'. Aku ni kena patuh dengan segala arahan ketua atau atasan majikan aku. Itu kemestian lah kan! so, hari ni aku dengan rombongan akan pergi ke sustu tempat yang asing untuk line broadband celcom. Sedih aku ni tau! Pagi ni aku bersiap2 untuk melaksanakan satu tugas rasmi majikan aku, so korang tengok ni barang2 yang aku bawa


gambar ni sebagai bayangan korang tentang kerja aku. Sebenarnya kerja aku ni bukan lah macam kerja orang senang seperti taukeh kilang, pengarah filem, supervisor super stor dan sebagainya. Kalau bilang aku pemandu, bukan juga tapi kadang2 kena memandu. Hahaha antar bos aku tinjau2 kat sabah. Kalau korang minat dengan nature, pasti korang tau dengan kerja aku. Sebahagian peralatan persediaan aku hari ni.

1. Beg masuk hutan. Wakaka besar ni, korang boleh tolong angkat tak?
2. Parang ~ merentis jalan dan keselamatan. mana tau ada harimau haha
3. Khemah ~ bila penat berjalan, pasang khemah
4. Lampu suluh ~ night survey
5. Pakaian ~ bawa cukup2 sahaja. kalau banyak bikin berat, pengsan korang angkat
6. Kasut ~ orang pakai kasut jenama adidas, aku pakai adidas kampung. hahaha
7. Stoken pacat ~ musim hujan banyak pacat. tak pa derma sikit, mereka pun lapar. haha
8. Buku nota dan pen ~ mencatat hasil kajian
9. Makanan ~ bawa yang cukup2 saja. 1 minggu makan maggi sedap!!
10. Buku2 rujukan ~ haiwan, burung, ular, ikan dan mana2 yang perlu

Wokey! yang lain bawa ikut keperluan korang saja. Yang aku senarai sebagai asas keperluan seorang penyelidik.

Aku pernah ikut group perhilitan ke kota tinggi, johor di tahun2 lalu. Meredah hutan tebal untuk membuat inventori haiwan di hutan kota tinggi. banyak nampak tapak gajah, bunyi gajah waktu malam, jejak harimau bintang, jejak tapir dan nampak burung2 terbang. Pertama kali jumpa jejak tapir tapi badan dia aku belum kenal, dalam buku saja lah. So, bila aku kursus dekat zoo negara tahun lalu baru lah aku nampak badan si tapir ni, ganjil sedikit kepala dia hahaha.

Kerja aku ni sebenarnya adalah menyelidik terutama dalam bidang zoologi, kadang2 masuk hutan beberapa lama untuk menyelidik. Walaupun kerja ni agak mencabar tapi aku happy, kalau terus memerap kat office, stress banyak datang. so, bila buat kajian sesuatu tempat dapatlah release stress kan! tengok kehijauan hutan dan gelagat binatang2 di dalam nya :D

So, korang suka tak dengan kerja aku ni ?

p/s kalau aku tak dapat post entri2 beberapa hari ni, maafkan ya :)

harap2 pembantu aku dapat salam2 dengan korang sementara aku tak ada :D

... Nanti aku balik kita sambung balik cerita ...

2 comments: