Home » » Kunci Utama Kebahagiaan Adalah Kesetiaan

Kunci Utama Kebahagiaan Adalah Kesetiaan

Selamat bertemu kembali untuk korang yang sudi meluangkan masa untuk membelek2 entri2 dalam blog aku ni. kesetiaan korang aku sangat hargai dan inilah yang kita harapkan kepada semua bloger2 sesama kita. Tak kira yang senior mahupun yang newbie macam aku. Kata orang ziarah-menziarahi merupakan kunci untuk meningkatkan persepakatan dan persefahaman sesama kita.

Untuk mencapai visi 1 malaysia, kesetiaan, kesefahaman, kesatuan, keterbukaan, uik! ni jangan korang salah ertikan..keterbukaan biar bertempat, jangan terbuka segala2. wakaka :) terutama yang gadis lawa2..ahaks :P

Dalam dunia ni, susah aku menyatakan secara terbuka, siapa antara kita yang paling setia. Bukan apa, tapi kalau aku kata si Melz saja yang setia, apa kata si Red Mummy, Ceeramoon, Oh Malaysia dan yang lain2 yang aku kasihi. Lagipun korang semuanya, setia kepada isteri2, suami2, ibubapa, majikan2, bos2 dan yang serupa2 dengannya. Uik! jadi aku tak tersenarai dalam top 10 rangking~ setia? mesti2 :D

Tapi aku nak cerita korang kesetiaan sepasang burung ? Uik! adakah burung lebih setia dari manusia ? tak pa, nanti kita bahaskan selepas aku abiskan cerita burung ni dulu :P

Burung ini adalah burung yang paling setia di dunia. lihat gambar yang aku google


http://www.worldofstock.com/


Mereka terbang bersama2. mencari makanan bersama2, menghirup udara segar di hutan bersama2. Tidak curang terhadap pasangannya walaupun si isterinya sedang dalam pengaraman. Si burung Enggang (Rhinocerus hornbill) ini adalah burung yang paling setia.

Apabila si betina ingin bertelur, ia akan masuk dalam lubang pokok (selalunya pokok/tunggul tinggi yang dah mati). Si jantan akan mengambil tanah liat untuk menutup lubang itu dan hanya meninggalkan lubang kecil untuk pernafasan dan pemberian makanan kepada si betina. Si betina akan menanggalkan segala bulu2 nya dalam lubang dan menjadi sebagai alas telur2 nya. Si jantan akan berkhidmat kepada si betina sejak ia mula masuk dalam lubang hinggalah anak mereka siap untuk terbang. Si jantan akan menghantar makanan kepada si betina selama berada dalam lubang. Si betina akan tinggal dalam lubang hingga telurnya menetas dan bulunya tumbuh semula.

Apabila semuanya sudah siap, penutup lubang itu akan dibuka oleh sijantan dan kelihatanlah isterinya yang cantik semula dengan anak2 nya yang cute dan hensem. Si ibu dan si ayah akan berkasih sayang semula dan begitulah kitar hidup mereka seterusnya sehingga mati. Si burung enggang akan setia sehingga kematian antara mereka. So, korang rasa tak burung ni paling setia? Apa pula binatang yang paling curang? ahaks! aku tak nak jawab pasal ni. biar korang fikirkan sendiri. hahaha

P/s Alangkah baiknya jika semua manusia seperti burung engang yang paling setia kepada pasangannya...

Pssttt. cuba korang tenang seketika dan cuba renungkan sejenak dalam kehidupan kita selama ini. apakah kita seorang suami, isteri, ibu bapa, anak2, majikan2, pekerja2 dan hamba2 yang setia ?....

Visi.. ingin menjadi seorang yang setia kepada yang Maha Kuasa, kepada kekasih hidup, anak2, ibubapa dan tak lupa kepada korang yang aku kasihi..

Orait! kita pause setakat disini, kita jumpa lagi dalam entri akan datang cerita lawak sikit tentang si burung enggang dan si pencuri anak burung enggang..senyum2 lah selalu :D

0 comments:

Post a Comment