Home » » Pelamin Idaman Raja Sehari

Pelamin Idaman Raja Sehari

Selamat bertemu kembali, jejaka dan gadis-gadis yang bakal menamatkan masa bujangnya pasti mengidamkan reka bentuk pelamin yang bisa memukau setiap mata memandang. Mungkinkah reka bentuk pelamin ini salah satu yang di idam-idamkan?

~ "Blue-White Pelamin" ~

Maafkan aku kiranya ada rakan-rakan setia yang berhijrah di blog wanes semalam kerana aku tak sempat post entri. Aku dengan family sejak petang hari jumaat sibuk memasang pelamin untuk anak brother aku yang mengadakan majlis perkahwinan pada 20 mac 2010. "Alamak! lupa jemput korang semua, sedangkan si eryati pun aku terlupa jemput gara-gara si Blue-White"

Sejak pagi sabtu, kerja gotong-royong untuk menyediakan bahan-bahan yang akan di masak dan seterusnya gotong-royong untuk memasak makanan untuk hidangan majlis. Beginilah semangat gotong royong setiap kali ada majlis-majlis oleh mana-mana keluarga. di kampung aku. Semua penduduk kampung datang membantu. "bagaimana pula semangat gotong-royong di tempat anda"? Tentu sekali semangat ini lebih lagi kan?

~ "Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing" ~

Walaupun reka bentuk pelamin yang kami dapat hasilkan ni tidak lah cantik sangat tetapi aku berpuas hati dengan hasil kerja tangan family aku sendiri. "angkat bakul sendiri pula" keh-keh-keh :P

~ antara aksi-aksi family aku semasa menyiapkan pelamin blue-white ~

~ "Uik! macam aku pernah nampak je dengan orang ni" "ahaks" ~

~ "Sorry ye, pelamin ni bukan dalam dewan, kat khemah bambu je" "hahaha" ~

Terima kasih kerana korang sudi membaca entri aku yang macam-macam ni. Mungkin korang akan lebih kenal dengan orang-orang yang beraksi dalam penyiapan pelamin Blue-White kalau korang klik atau layari http://elwennes.blogspot.com. "moga kita di murahkan rezeki".

3 comments: