Home » » Penculik Anak Enggang

Penculik Anak Enggang

semua gambar2 entri aku google

Salam untuk semua, mohon maaf kerana tidak dapat masuk blog aku tadi, geng blogger masih guna url lama aku yang wanesweb. Aku dah tukar ke oh kinabalu so, aku upload balik entri ni untuk korang. harap terhibur..

Salam pagi untuk semua yang sudi menemani aku dalam blog aku ni. Oleh sebab aku dah janji dengan korang yang aku ada cerita pasal si pencuri anak enggang, maka aku buat entri ni untuk korang dan sebagai menepati janji.

Wokey! kita mulakan kisah dua orang pencuri anak enggang di sebuah kampung yang masih di kelilinggi kehijauan hutan. Ada satu tunggul yang telah mati di mana sepasang burung enggang selalu datang untuk bertelur di lubang tunggul tersebut.

Telah beberapa kali anak enggang ini di curi atau di culik oleh dua orang (2G) yang bernama Gabui dan Gulot. Selalunya si Gabui yang naik untuk menculik anak enggang sementara si Gulot hanya menunggu di bawah untuk menyambut anak enggang yang di turunkan oleh di gulot menggunakan bakul kecil dan tali.

Anak enggang yang di culik oleh mereka akan di jual kepada seorang taukeh kelapa sawit yang gemar memelihara haiwan dan burung2 di sekitar rumahnya dengan harga RM 550.00 seekor anak enggang.

Pada satu pagi mereka bersama2 ke tunggul tersebut untuk menculik anak enggang. Ketika si Gulot menunggu si Gabui menurunkan anak enggang, tiba2 kedengaran teriakan si Gabui;


Gabui: Odoi2

Gulot: Kenapa kau Gabui

Gabui: Mata kiri aku sudah buta, kena patuk mama enggang!

( Kali ini nasib si Gabui buruk kerana mama enggang belum keluar dari lubang. Ketika dia mengintai anak enggang, mama enggang dengan pantas mematuk anak mata si Gabui)

pstt.. kalau mengintai kena hati2, uik! jangan sekali2 mengintai anak dara orang tau :P
nanti kena patuk korang dengan bapa enggang pula. wakaka :)

...sambungan...

Gulot: Macamana kau sampai kena patuk mata?

Gabui: Tadi aku intai anak enganag macam ni!
(matanya sebelah kanan yang belum buta lagi di gunakan untuk demo)

Gabui: Odoi3 pasal ko lah ni Gulot!!

Gulot: Kenapa pula?

Gabui: Ko tengok ni, 2-2 mata aku dah buta!
Wakaka! patutpun nama dia si Gabui, lurus bendul :)

p/s

1. kesilapan lalu jangan di ulang lagi.

2. jadikan kesilapan lalu sebagai platform untuk berjaya.

3. jika rohani kita jatuh, bangunlah dan berjalan lah tanpa menoleh ke belakang lagi.

0 comments:

Post a Comment