Home » » Penyakit Dag..Dug ! Membuka Tirai Malam Ini

Penyakit Dag..Dug ! Membuka Tirai Malam Ini

Dag...dug...dag...dug ;) ini lah penyakit yang sedang menyerang seluruh rakyat bermula pada malam ini. Penyakit paling berbahaya setiap tahun. Menyerang semua lapisan tidak kira golongan kanak2, remaja mahupun golongan berumur.

Malam ini penyakit ini akan bermula, penyakit ini bisa membuat korang gembira, sedih, ketawa, menangis, bangga, marah, benci, sayang, simpati, bersorak, lemah longlai dan rasa tak keruan. Nah ketika ni Jimmy dan Sarimah sedang melakukan muka dimah AF8. Penkritik, Adlin ,Ning dan Aznil sedang di pekenalkan. Sementara itu penyakit dag..dug sedang merayap di seluruh Malaysia dan Brunei. Penyakit ini akan menyerang dengan lebih dahsyat ketika persembahan semua peserta AF8 selesai.

Wokey! kita tidak dapat mengelakkan penyakit ini, namun marilah kita bersiap sedia untuk menghadapi penyakit dag..dug..dag..dug

Pelajar pertama Farina sedang membuat persembahan. Wanita sarawak, beranak 1 namun masih kelihatan anggun.Adlin, kenapa sebelum nanyi lain, semasa nyanyi lain dan selepas nyanyi lain? Ning, vokal ada potensi, relaks3..Aznil, jika irama dan lagu dapat seimbang lagi power.

Pelajar ke 2 Syah (derma king) dari Kelang, Adlin, seronok tengok engkau bulat! Ning, Terpukau, kena jaga pising dan kena kawal suara, Aznil, suara ok tapi kena belajar memenangi hati penonton

Pelajar ke 3, Anom 19 tahun from tawau sabah. Wow rock ni, terguling2 dia ni. Peleset Kota, apa yang jatuh ni, korang perasan tak ada benda jatuh tadi. Adlin, kenapa awak pilih lagu peleset kota? mula2 macam harimau, lama2 macam orang mabuk. Ning, ko ni berani mencuba, Aznil, suara ok, awak berjaya membuka mata penonton.

Pelajar ke 4 Daud (Bye3) Lagu Orang putih ni dia nyanyi. Harap2 dia tidak bye3 di akhir ketika dag..dug..dag..dug menyerang.hahaha cute penari dia ni. Adlin, tahniah, ok2 lah 2. Ning, cukup menarik, perlu banyak excise dan jaga pemakanan. Azlin, kena kasih tau semua orang apa jenis lagu awak suka,

Pelajar ke 5 from pinausuk,kundasang. Ema (ranau sabah) tiada lagi tangisan. cute dia ni pakai baju biru. Lagu sedih ni. Adlin, nyanyi ok tapi bising sangat, relaks. Ning, rasa lagu yang baik untuk anda, ada potensi ke jarak yang lebih jauh lagi, belajar macam bawa kenderaan, Aznil, sebutan tidak jelas, weahhhhh..

Pelajar ke 6 Adirah 19 tahun, gagap. ni macam adik beradik dengan pelajar ke 5 tadi. Adlin, tahniah, semuanya ok Ning, lagu ni agak bahaya, awak ada suara yang bagus, Aznil, Untuk lagu rancak kena merdu, tidak tau di mana kemerduan

Pelajar ke 7 Maulana, tekad. macam serius sangat dia nyanyi. Adlin, bagi feeling kepada lagu, Ning, tone memang baik. Aznil, suara baik tapi gaya, kena belajar cara jalan.

Pelajar ke 8 pelajar paling muda musim ini. Alif live like we're dying..aku tak dapat tadi, maklum lah aku ni anak jati malaysia, orang putih kurang sikit. Adlin, rasa maca ada benda baru, Ning, awak tak faham apa yang awak cakap, suara kena gilap lagi. Aznil, saya tak faham, puji awak berani di pentas.

Pelajar ke 9 Nad gantung. suara di keluar dari hidung ni. Adlin, tahniah, Ning, vokal yang gemersik, awak ada suara. Aznil, pada moment pertama, pakuh

Pelajar ke 10 Ivan cuba. wow banyak peminat dia ni. Adlin, ada part2 yang aku suka, jaga suara baik2. Ning, lagu memberi gambaran yang baik untuk diri awak, jaga suara. Aznil, suara ada, muka ada.

Pelajar ke 11 shahir anda...tak dapat tadi. lagu m.nasir ni. Adlin, kalau nyanyi mesti ada petua dia, ok. Ning, rasa lagu ni besar sangat untuk awak, perlu belajar lagi. Aznil, beranikan diri lagi

Pelajar ke 12 Ain the climb sandakan sabah. Adlin, terima kasih, jumpa mingu depan. Ning, belajar lagi kawal suara, jumpa awak minggu depan. aznil, anda atas landasan yang betul, jangan terkandas, jumpa minggu depan.

dag..dug..dag..dug semakin menyerang ni

uik! nampaknya belum ada penyingkiran...dag..dug..dag..dug belum menjadi..wakaka aku saja yang perasan.

p/s sambil tengok sambil coret2 kat entri, jika ada yang tersalah coret, terlebih coret, tolong betulkan di bahagian ulasan.

...Selamat mengundi untuk pelajar kegemaran korang..

macam konsert roket lagi best dari AF8 tadi, apa kata korang?

0 comments:

Post a Comment