Home » » 'Tompon' Dijadikan Tangkal Atau Ajimat.

'Tompon' Dijadikan Tangkal Atau Ajimat.

Salam bertemu kembali, sekali lagi kita meninjau alam semulajadi di hutan-hutan oh kinabalu. Kali ini aku bawa korang meneliti cerita pasal 'tompon' yang dijadikan sebagai tangkal atau ajimat.

Benar atau tidak, "aku pun tak tau" sebab ini hanyalah cerita orang dulu-dulu, yang di warisi sejak turun-temurun. "Hmm! kecuali aku lah" hahaha. 'Tompon' adalah pokok pendek tak beranting dan tak berdaun dan orang kampung aku memanggil pokok ini sebagai 'tompon'. Bahasa lainnya aku tak tau.


~ ini lah yang dikatakan 'tompon' ~

Menurut maklumat seorang kawan yang bersama dalam out stesen hari itu bila orang dulu-dulu menemui benda macam ini di hutan, dia akan melakukan pemujaan dengan memberi makan si penunggu. "Fuh! bikin takut aku". Selalunya ayam warna putih di potong dan darahnya di percik kepada pokok ajaib ni sambil membaca mentera yang aku juga tak tau.


~ antara group aku yang terserampak dengan benda ni ~

Dia akan melakukan beberapa kali pemujaan sehingga pokok 'tompon' ini membentuk mata. "Aku pun tak faham dengan maksud mata ni".

Bila mata dah timbul, dia akan mengambil lembing untuk menikam 'tompon' ini, dan sekiranya 'tompon' ini tidak kena walaupun di tikam beberapa kali si pemuja akan membawa haiwan yang lebih besar seperti kambing untuk di persembahkan kepada si penunggu sebagai tanda memohon keizinan untuk mengambil sedikit dari pokok ini.

Bahagian yang di ambil tadi akan dijadikan sebagai tangkal atau ajimat untuk kegunaan dalam pertelingkahan atau perang.

Mengikut maklumat, orang yang mempunyai benda ini akan menjadi kebal.

Pesanan untuk semua: zaman sekarang, mengamalkan benda-benda macam ni sama lah seperti kita melakukan pemujaan kepada berhala-berhala.

Pesanan untuk anak muda: jangan sekali-kali mencuba benda ini, takut nanti korang tunjuk belang dengan gengster-gengster. Nanti mereka pukul korang, 'mati katak' pula jadi nya . Keh keh keh! Bagi aku benda-benda macam ni tak sesuai di praktikkan pada zaman sekarang, bagaimana pula dengan pandangan korang?

5 comments: