Home » » Blog | 4WD Vs Kereta Mewah

Blog | 4WD Vs Kereta Mewah


kereta mewah orang Sabah

Salam dari wanes untuk semua, persepsi orang Sabah dengan orang Semenanjung Malaysia adalah berbeza dari segi keinginan untuk memiliki kereta kesayangan. Apa yang wanes dapat perhatikan dengan situasi di Sabah ialah orang-orang disini lebih gemar kepada kereta-kereta yang lasak yang mempunyai 4WD (pacuan 4 roda).


top rangking kereta mewah di Sabah

Apa alasan ? ok! menurut kebanyakan orang disini menyatakan keinginan mereka memiliki sebuah kereta 4WD adalah kerana mereka beranggapan bahawa kereta seperti Toyota Vigo, Isuzu Dmax, Mazda dan sebagainya yang mempunyai 4WD adalah kereta mewah untuk orang-orang Sabah. Tidak kira sama ada mereka business man, kerja sendiri atau kerja kerajaan. Kebanyakan yang wanes nampak memiliki kereta-kereta jenis ini dari golongan cikgu-cikgu yang berpendapatan tinggi. Wanes entah bila baru dapat 4WD suzuki, "hahaha"

kereta mewah merah

Lain halnya dengan orang-orang di Semenanjung Malaysia, semasa wanes di sana beberapa kali, wanes lihat bahawa kereta jenis 4WD ini jarang kelihatan di jalan-jalan raya atau di kota. Baru wanes teringat beberapa tahun lalu ada rakan dari Semenanjung yang datang di Sabah dan sewaktu dalam perjalanan dari Taman Air Panas Poring ke Kota Kinabalu, dia sempat bercerita dengan wanes. "Wah! orang-orang sini semuanya kaya-kaya yee!" dia bertanya kepada wanes. "Kenapa pula jawab wanes", "semua orang pakai 4WD, biasanya jika di Semenanjung orang yang memakai kereta ini adalah golongan business man atau kontraktor-kontraktor".<-_->

Sebenarnya orang-orang di sini telah menjadi satu trend dan persepsi bahawa mereka megah dengan kereta 4WD ni. Bagi mereka ini lah kereta yang top rangking bagi mereka. "ahaks" lain betul kan, orang sini? Kalau nampak orang bawa perdana, mitsubishi evo, dan kereta-kereta mewah jenis motokar yang lain, mereka tak berapa hirau. "Biasa je!". Tetapi jika nampak orang pakai Dmax yang flat nombornya masih SAB....A, " wow! hebatnya dia ni ". Cantik pula flatnyakan, "Macam Sabah" Sekarang dah limpas nombor ni SAB...B. "alamak telimpas wanes"
Yang paling wanes tak suka nanti ialah SAB...U. "Jauh-jauh"kereta mewah hitam

Ok! berbalik kepada persepsi orang seberang, kereta 4WD ni tak main lah. Hanya untuk orang-orang kontraktor, bikin angkat-angkat barang. Bila nampak orang pakai motokar mewah-mewah, "wow, hebat-hebat" seperti juga melz romeo, dia menginginkan kereta mewah seperti gambar bawah ni. Mudah-mudahan rezeki cepat sampai lah yee melz.


kereta idaman melz

Jadi kalau orang seberang berkahwin dengan orang sini Sabah, "hahaha" ada tak yang kawen2 sudah? "kehkehkeh" ramai cikgu-cikgu dari seberang dah kawen sini. Dorang kata awek-awek sini cute-cute,"hahaha" perasan korang ar sumandak-sumandak (gadis-gadis) Sabah. awek di seberang jangan marah pula yee, saja nak angkat bakul sendiri. Sebenarnya awek Sabah cute sikit dari awek seberang, tapi awek seberang cute banyak dari awek sini. "lalala" awek sini jangan lah pula merajuk! Ok lah 1-1 lah baru puas hati, cuma bila nak beli kereta yang 1 nak beli motokar mewah, yang 1 nak beli 4WD, "alamak" camana ni? last-last beli viva sementara belum ada keputusan rasmi. "hahaha"

Ok lah, telebih sudah cakap wanes, jadi kalau orang seberang nak kawen orang sini, kena beli kereta mewah dan 4WD sekalilah kan? mungkin korang ada cara menyelesaikan perbezaan persepsi ni, jadi jangan segan-segan untuk suggest bah!



4 comments:

  1. hehe . tuh dah lama ngidam tuh :P

    ReplyDelete
  2. Hai melz,kita doakan agar idaman melz cepat kesampaian. TQ atas komennya melz..

    ReplyDelete
  3. hello bellarOssa, ok boleh saja..merah cantik! hahaha

    ReplyDelete