Home » » Blog | Blog Di Ambang Kepupusan !

Blog | Blog Di Ambang Kepupusan !

Salam wanes untuk semua. wanes perasan sangat sejak beberapa minggu ni jumlah pengunjung wanes telah berkurang dari sedikit kepada yang sangat sedikit. Memang wanes akui bahawa blog wanes bukanlah sempurna dan tambahan pula wanes bukanlah seorang penulis cerita yang baik. Mungkin ini sebagai tanda blog wanes berada di ambang kepupusan.


Walau macamanapun wanes mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang pernah mengunjungi blog wanes yang hambar ini. Lebih-lebih lagi kepada yang telah sudi memberi komen dan juga kepada yang pernah meninggalkan jejak di cbox. wanes doakan agar korang semua diberkati Tuhan dan akan berjaya dalam apa jua kerjaya yang diceburi.

wanes rasanya ingin berehat dalam dunia blog ini tapi sebelum itu ingin memohon pendapat, komen dan pandangan korang tentang kekurangan-kekurangan dalam blog wanes ini dari segala segi dan sudut. Cadangan penambahbaikan blog wanes ini juga amat wanes perlukan kiranya wanes meneruskan blog yang hambar ni. "serius"

Ok! wanes rasa nak tinggalkan gambar yang tidak ada kaitan dengan entri ni sebagai percambahan idea.


Kalau korang tak keberatan, wanes nak tahu juga apa jenis cerita yang paling korang suka? Mungkin blog wanes juga mempunyai berbagai persepsi dari korang semua seperti dalam gambar di atas ni. wanes sendiri tak pasti orang di atas ni boleh dapat berapa banyak ikan ? "kehkehkeh"

10 comments:

  1. blog wanes ok je..
    mungkin sebab x blogwalking kot..

    ReplyDelete
  2. Salam jaya jr, tq atas pandangan kamu yer! memang tiada blogwalking sebab sibuk dgn tugasan di pulau sipadan,tq banyak2..

    ReplyDelete
  3. hrumm...betul kt jaya...tk bnyk blog waking...

    wanes boleh cerita tmpt2 yg menarik kt sabah..boleh share gambr2 kt pulau sipadan yg cantik2.. :)

    ReplyDelete
  4. sekarang tengah musim exam. jadi tak ramai orang.

    ReplyDelete
  5. hai nabila, tq yah! jasa kalian akan menjadi pendorong kpd wanes.moga Tuhan memberkati sgala usaha kalian..

    ReplyDelete
  6. Hello RG, o itu salah satu lah penyebabnya. selamat exam buat blogger yg exam. Moga Tuhan memberkati exam kalian..goog luck..

    ReplyDelete
  7. wanes, kita berblogging je kalau trafik naik ke turun. biasalah, kadang2 ada pasang surutnya. saya pun macam tu. bukan setiap hari trafik tinggi. kena fikirkan sesuatu yang menarik untuk dikongsikan dengan pembaca2 semua. baru ramai orang datang dan komen entri kita.

    ReplyDelete
  8. salam oh malaysia, tq atas pandangan dan pembakar semangat yah.Moga Tuhan memberkati usaha dan kejayaan anda..

    ReplyDelete


  9. This Fan Banner for the New Orleans Saint Fan is a great way to show the neighbors who you're rooting for on gameday! This pleated fan bunting is made of 100% nylon, measures a 27"x57" in size, and has three metal grommets along the top header for easy hanging. The NFL team colored panels are ruffled and the insignias are embroidered into our New Orleans Saint Fan Banner which results in a durable and quality banner.nfl house flags
    nfl flags wholesaleHouston Texans stars and stripes flags
    wholesale Indiana Colts american flag

    ReplyDelete