Home » » Blog | Jakee | Orang Utan Yang Cantik

Blog | Jakee | Orang Utan Yang Cantik

Hello! my name is Jakee, welcome to my blog. "hahaha"

Salam dari wanes untuk semua. Kali ini aku nak bawa korang untuk berkenalan dengan Jakee, dia ni memang cantik dari kalangan suku sakatnya. Jangan korang sebut dia seekor Orang Utan sebab dia ni tak punya ekor. Jakee ni punya telinga dan hidung yang kecil. So, "cute lah dia ni. kan!" Jakee punya bulu yang panjang, lembut dan berwarna keperangan. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil. Cuba korang tengok jelingan si Jakee ni, "mengancam kan?" Satu kelebihan Jakee dari aku ialah lengannya yang panjang dari kaki. "hahaha" ek! orang kata tak boleh gelak Orang Utan ni, nanti kilat menyambar. Ahaks! itu dulu-dulu punya pendapat.

" Hey ! sponsor lah sikit makanan korang, lapar aku ni "


Bagi orang utan jantan, purata ukuran panjang kepala dan badan adalah lebih kurang 96cm (38.4 inci) ketinggian 137cm (54.8 inci) dan berat 75kg (165 lbs). Jakee ni gadis terlajak so, purata ketinggiannya adalah 80 - 85% daripada orang utan jantan dan beratnya adalah 50% lebih ringan. Pun begitu, kalau kami sama-sama timbang berat, Jakee ni lagi berat. "ceh, bikin aku kapanas" "hahaha"

Kawasan jelajah untuk Jakee


Disinilah Jakee menjelajah ke hulu ke hilir di kawasan Kebun Tropika, Taman Air Panas Poring secara bebas. Bila lapar baru dia akan pulang untuk menjenguk nasi bariani. "hahaha" tak lah, kaum Jakee ni hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok ara, daun-daun muda, kulit kayu, pucuk dan bunga. Bagaimana pun bagi Jakee, apa yang aku makan, dia makan, yang aku minum, dia minum juga, sebab dah biasa. Favorite dia ni pisang, betik, kacang dan buah-buahan lain. Apel pun dia suka, "hahaha" Cik Apel jangan marah!

Suku sakat Jakee ni sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah. Lain pula dengan Jakee, dia jalan pun macam aku jalan atas tanah, dah malas naik pokok sebab berat badannya bertambah-tambah. "ada siapa-siapa yang boleh bantu dia kurangkan berat tak ?" Orang Utan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal. Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan Orang Utan betina pada musim mengawan. "hahaha, korang mau tak macam ni?" Kalau aku tak sanggup, sehari tak jumpa awek, bagaikan setahun lamanya" ahaks! lama betul tu.

Bagaimanapun kelebihan mereka ni ialah jarang berlaku pergaduhan di antara Orang Utan jantan dan mereka jarang memonopoli kawasan kawalan. "tidak seperti si anjing yang tak kenal pasangan hidup", "jauh-jauh". Jangka masa mengandung Orang Utan ni hampir sama dengan manusia iaitu dari 233-263 hari dan anaknya akan disusu selama beberapa tahun. Macam aku dulu-dulu, dah masuk tahun satu, masih ingat susu ibu. "hahaha"

" Salam-salam dulu sebelum berpisah, kalau rindu, jelajah aku di blog wanes ya "

Nota : Tahukah kita bahawa Orang Utan adalah kawalan kelas pertama! kalau korang jumpa Orang Utan, apa yang perlu korang lakukan?

8 comments:

  1. Salam buat si gadis Jakee yg cute...
    Kalu nak kurangkan berat badan minta makanan diet dong sama Wanes yee...
    haha...
    salam dari Indo

    ReplyDelete
  2. ooo. orang utan mmg takde ekor eh? baru tau...

    ReplyDelete
  3. Hai nensa moon,salamnya di terima oleh Jakee dan salam kenalan bilangnya.hahaha..tq sudi berkunjung yerk..

    hello amir, ya org cute ni tak ada ekor. Tq atas komennya..kunjung2 selalu..

    ReplyDelete
  4. ohhohh.nak sikit bulu orang utan.

    ReplyDelete
  5. hai akufobia, susah nak dpt bulunya. Org dulu2 kata kalau pakai bulunya utk membakar ladang, pasti bersih habis dijilat api. hahaha

    ReplyDelete
  6. Orang Utan yang cantik... meperhatikan makanannya....apakah dia juga diperiksa kesehatannya... jangan sampai kolesterol..!!Peace

    ReplyDelete
  7. Info on orang utan @ Jakee yg disampaikan dgn cara yang menarik/funny...hehe

    :-)

    ReplyDelete
  8. Hai lembaga pelatihan, makanan dan kasehatan Jakee masih terjaga. moga2 ketemu anda di sini melihat Jakee yee..

    hello cheqna, tq atas pujinya. kunjung2 selalu yee..

    TQ atas komen korang,moga success sentiasa

    ReplyDelete