Home » » Blog | Jelajah Semporna

Blog | Jelajah Semporna


Salam dari wanes untuk semua. Hari ini wanes kepenatan memadu dari Ranau ke Semporna. Perjalanan memakan masa lebih kurang 7 jam. Wanes bertolak dari pekan Ranau dalam jam 11.30 pagi bersama Opiex, Veron, Jus, Ugu, handry, nahim, gus dan Fred. Ni suma peserta yang gagal menghadirkan diri dalam AF8.. AF9 harap dicoba lagi.."ahaks"


pemandangan sepanjang jalan

Tujuan wanes bersama rakan-rakan sekerja ke Semporna hari ini adalah untuk menyertai Ekspedisi Saintifik Merin Sipadan bermula hari esok (26/04/2010) hingga 30/04/2010. wanes dan rakan-rakan berkesempatan untuk melihat Pesta Air atau lebih dikenali Regata Lepa. Regata ini merupakan acara tahunan di daerah Semporna ini. Memang Best la. Two thumbs Up.. Sepanjang jalan menuju ke Pekan Semporna dihiasi dengan bendera pelbagai warna.. memang meriah.. Tak bosan melihat.. Pada sebelah malam pula, kehadiran Dato' Siti Nurhaliza mengempakkan lagi pesta ini.. Wanes tengok bayang-bayang Dato' Siti jer.. ramainya orang.."kehkehkeh"

salah satu pameran jalan raya yang menarik

Sebenarnya Dato' Siti buat persembahan malam semalam lagi, jadi wanes dengan rakan-rakan tak sempat menonton persembahannya. Rakan wanes di stesen Semporna yang beritahu wanes kehadiran Dato' Siti malam tadi. Itu sebabnya wanes tengok bayang-bayang Siti jer. "muahaha" Ada rakan wanes cakap, kalau dapat salam dengan Siti, mandi pun dia tak cuci tangan yang tersalam hingga 1 minggu. "wakaka"

Ok lah, sampai ketemu lagi, kalau ada line dan boleh curik-curik ruang setiba wanes di Sipadan nanti, wanes akan cuba lapor diri pada korang semua. Kalau tak juga, maafkanlah wanes yer.


3 comments:

  1. hello rozani, sayangnya wanes tak sempat nak salam2 dgn siti. hahaha, nanti dtk.k lempang baru tau..

    ReplyDelete
  2. hye......
    adira the best...
    adira jew yg lyak jd juara af8...
    u all undi adira k...i pn akn undi adira....adira the best........................................

    ReplyDelete