Home » » Blog | Motivasi Diri

Blog | Motivasi Diri

terima kasih cik google

Salam dari wanes untuk semua, semoga korang semua success dan gembira selalu. Sebenarnya wanes membuat tajuk entri ini sebagai motivasi diri kerana wanes mengikuti kursus motivasi sepanjang hari ini dan esok.

Jadi wanes tak dapat buat entri panjang-panjang kerana masa itu terlalu padat dan wanes hanya mengambil masa rehat untuk membuat entri sebagai tanda penghargaan wanes kepada korang yang sudi terjah blog wanes.

Sebagai pembuka kata motivasi oleh perasmi pagi tadi, wanes share dengan korang. "hahaha" wanes bukanlah seorang pakar motivasi yah! Ok. Ini khas bagi korang yang dah kerja dan punya majikan, orang atasan dan orang bawahan dalam tugasan seharian. "Perbuatlah sesuatu pekerjaan itu untuk Tuhan dan bukan untuk manusia". Jadi kita lakukan kerja dengan ikhlas, tekun dan bertanggungjawab sama ada bos kita bersama kita ataupun tidak.

Jika kita tengok gambar kat atas ni, ada beberapa motovasi yang boleh kita utarakan. Dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan, jika ingin bersandar kepada orang lain dalam melaksanakan sesuatu kerja, kita haruslah ada keyakinan untuk memberi mandat atau autority kepadanya.

Bagi pekerja pula, kita boleh kaitkan dengan gambar si penyambut orang yang menyandar. Apabila kita diberi mandat untuk melaksanakan sesuatu tugasan, kita mestilah melakukannya dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan. Jika tidak, apabila si penyambut ini lari dari tugasnya untuk menyambut si penyandar, sudah pastinya si penyandar akan jatuh dan akhirnya kedua-duanya tidak mendapat apa-apa, sebaliknya akan lahir ketidakpuasan hati antara satu sama lain.

Ok! sebelum korang menekan butang X, wanes tekankan disini bahawa untuk memotivasikan diri kita, satu punca asas kejayaan adalah " kita haruslah bersyukur kepada Tuhan atas segala anugerahnya kepada kita, agar kita dapat memberi dan merasakan kasih sesama manusia" Dalam usaha kita meningkatkan motivasi diri, korang memerlukan kerjasama yang sempurna dari orang atasan dan juga orang bawahan korang. Ceh! wanes, macam lah pula engkau ni penceramah. "hahaha" sekadar nak sharing yah!


Okey! dah nak mula masuk dewan kursus ni.. Sekali lagi salam untuk korang semua, semoga sentiasa dalam keadaan yang bermotivasi diri..

5 comments: