Home » » Blog | Polis Tumpas "Geng Benjee"

Blog | Polis Tumpas "Geng Benjee"

Salam dari wanes untuk semua. Setelah bermaharajalela melakukan rompakan di kediaman mewah sekitar Kota Kinabalu dan Sandakan dalam tempoh dua bulan, sekumpulan lelaki dikenali "Geng Benjee" tersungkur di tangan polis Sabah dalam dua tangkapan pada 10 dan 11 April lepas.


gambar hiasan dari google

Dengan tertangkapnya tujuh lelaki rakyat tempatan berusia antara 26 dan 51 tahun itu, Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Noor Rashid Ibrahim percaya 12 rompakan di kediaman mewah yang berlaku dalam tempoh Februari dan Mac lepas tersebut selesai. Kerugian hasil perlakuan jenayah kumpulan ini dianggarkan sebanyak RM1.8 juta. Sebahagian besar barang-barang yang dirompak telah ditemukan semula. "waduh, bukan sikit jumlah ni"

Polis juga turut menemui sepucuk revolver bersama peluru yang diambil kumpulan itu ketika merompak kediaman seorang anggota dewan undangan negeri di Luyang. "bukan sembarang orang yang di rompak". Hasil maklumat awam,polis berjaya menahan tiga lelaki dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Sulaman, Tuaran kira-kira pukul 12.40 pagi pada 10 April. Pada keesokannya polis berjaya menahan empat lagi termasuk ketua kumpulan di Lapangan Terbang Sandakan kira-kira pukul 8.55 malam semasa mereka sedang menunggu penerbangan ke Kuala Lumpur.

gambar hiasan dari google

Noor Rashid berkata siasatan awal mendapati anggota kumpulan itu terdiri daripada bekas banduan dan penagih dadah. Pihak Polis masih menyiasat sejak bila kumpulan ini aktif dan sama ada masih terdapat anggota lain yang masih bebas. Jika korang ada maklumat mengenai "Geng Benjee" sila berhubung dengan balai polis berdekatan.

"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Apakah mereka ini tidak mendapat didikan agama atau sengaja bersekongkol dengan syaitan-syaitan durhaka.



9 comments:

  1. bagus. tumpas jugak mereka yah ! hehe. tapi, gambar kelakar pakcik pegang pistol tu, paling lawak. haha.

    ReplyDelete
  2. Hai raffly, syukurlah polis bijak, kalau enda, banyak lagi yg jadi mangsa. TQ atas komennya yah :)

    ReplyDelete
  3. banyak tu hasil rompakan. nak kaya dengan cepat, lambat laun diri sendiri juga yang tertangkap.

    ReplyDelete
  4. Hello oh m'sia, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. baru dorang taukan! Tq bebanyak yah, sudi bg komen..:)

    ReplyDelete