Ok, Selain itu kesesuain pakaian juga harus diambil kira. Korang mestilah menggunakan kasut yang sesuai seperti kasut joging yang tapaknya jenis getah dan mudah melekat pada batu-batu. Kasut bola sepak jangan pakai yerk! "hahaha" pasti tak sampai puncak korang. Kasut adidas kampung lagi bagus, waterproof dan hardwork lagi. Baju sejuk mesti bawa tau, kalau tak ada pun boleh pinjam dari melz. "hahaha" Sabaik-baiknya bawa sarung atau topeng kepala dengan beg sikut yang high class sikit. Boleh oder dari coretan perantau. "hahaha" mahal tak kisah asalkan branded "ahaks"
Janganlah pula korang bawa pakaian berpasang-pasang yerk! nanti mampus korang angkat beg korang. Bawa yang perlu dan cukup untuk 2 hari 1 malam saja. Hari pertama korang mendaki dari Pondok Timpohon hingga ke ketinggian 11,000 hingga 11,500 kaki karana penginapan korang terletak di antara ketinggian ini. Bergegar korang kesejukan di sini. "trattt" "hahaha" gigi pun berbunyi. Kalau nak mandi silakan. "miahaha" sanggup wanes tak mandi hingga pulang rumah.
Korang akan bermalam di penginapan yang korang pilih dan boleh di tempah dari pihak Sutera Sanctuary Lodge (SSL) anak syarikat kepada Sutera Harbour. Hey! korang janganlah pula terlalu sedap tidur hingga terlewat bangun. Terutama yang couple-couple "hahaha". Biasanya jam 2.30 hingga 3.00 pagi korang akan memulakan pendakian ke puncak Low's Peak (puncak tertinggi). Awas! wanes dah lupa ingatkan korang pasal lampu suluh, mesti bawa. Cari yang saiznya kecil-kecil saja supaya tak berat. Siapa tak bawa, merabalah korang mendaki "kehkehkeh"
Satu lagi korang kena ingat, sebab kat atas sejuk dan matahari terik pun tak rasa, baik korang pakai losen muka. Bukan apa, tapi wanes pasti siapa tak pakai, nanti lepas mendaki, kulit muka korang akan terbakar dan terkupas. Tak pa lah kan, jadi cantik balik muka korang "miahaha" Lip gloss juga perlu dipakai kerana bibir korang boleh pecah akibat sejuk.
Apa lagi yang belum wanes sentuh yerk! oh ya, makanan dah lupa, walaupun korang boleh membeli makanan dekat Laban Rata (harga bukan men mahal tau) ada baiknya korang bawa makanan ringan seperti biskut, coklat, kekacang dan kismis. Wanes suka makan Cloud 9 kalau mendaki. Makanan seperti ini mempunyai kandungan tenaga yang tinggi. Minuman haruslah di bawa. Kalau korang tak sanggup bawapun tak apa, cuma terpaksalah korang minum air paip graviti di setiap pondok rehat sepanjang trail. Wanes sanggup minum air paip ni kalau mendaki sebab malas nak bawa air, bikin berat saja "hahaha" Cik Epal kena bawa mineral water yerk!
Ada baiknya korang beli baju hujan jenis plastik biasa yang ringan sebab cuaca di atas puncak tidak menentu. Kalau hujan turunpun korang akan terselamat. Kalau tidak, basah kuyuplah korang macam tikus termasuk dalam tempaian. "hahaha". Ubat-ubatan asas seperti ubat sakit perut, demam, ubat urut, ubat luka dan plaster perlu korang bawa. Bukan minta-minta tapi mudah-mudahan, tiada kejadian buruk berlaku."ahaks" Wanes rasa semua asas-asas pendakian telah wanes sentuh, jadi Setelah korang puas di puncak, guide atau pemandu kamu akan membawa kamu untuk turun. Jika ada barang-barang korang tinggalkan di penginapan sebelum mendaki, jangan lupa mengambilnya bila kamu turun dari puncak sebab bukan senang nak ambil balik. Wanes rasa kalau esoknya, korang dah tak larat naik balik. Tapi kalau dah lama wanes pasti Oh Malaysia teringin juga untuk mendaki Oh Kinabalu. "lalala"
Jika ada info wanes yang korang rasa masih kabur atau wanes terlupa, sila komen dan wanes akan cuba menjawab. Kalau wanes tak dapat jawab harap-harap melz dapat bantu wanes sumpit korang dari jauh. "hahaha"










