Home » » Blog | XPDC Saintifik Merin Pulau Sipadan

Blog | XPDC Saintifik Merin Pulau Sipadan

ekspedisi saintifik pulau sipadan

Salam wanes untuk semua, kali ini wanes akan menerangkan Ekspedisi Saintifik Merin, Taman Pulau Sipadan Semporna yang bermula pada 26 hingga 30 April 2010.

Pulau Sipadan terletak di Laut Sulawesi, di luar Pentas Sunda. Pulau ini terhasil akibat pembentukan gunung berapi yang memuncak secara menegak dari dasar lautan pada kedalaman melebihi 500 meter. Fakta ini berdasarkan bukti letupan gunung berapi zaman Tertiary dab Quartenary di beberapa tempat di Semenenjung Semporna.

Dengan pulau seluas 16.4 hektar dan dataran terumbu karang seluas 208 hektar, iaitu 1.4 km panjang dan 1 km lebar, menyediakan habitat bagi pelbagai spesies flora dan fauna marin seperti penyu, ikan, batu karang dan rumput laut. Pulau Sipadan merupakan salah satu daripada 5 lokasi selam scuba terbaik di dunia.

Objektif ekspedisi kali ini adalah untuk mengemaskini dan membekalkan data saintifik yang berbentuk biologi dan fizikal bagi menyokong dan dijadikan garis panduan pelan pengurusan Taman Pulau Sipadan. Selain itu ekspedisi ini juga bertujuan untuk memantau perubahan biologi dan fizikal Taman Pulau Sipadan (termasuk perairan) selepas dan sebelum diurus oleh Taman-Taman Sabah.

Ekspedisi ini disertai oleh 59 orang penyelidik dari berbagai jabatan dan agensi seperti Taman-Taman Sabah, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Mineral. Beberapa orang wartawan juga turut serta pada pembukaan ekspedisi pada hari ini oleh Timbalan Pengarah Taman-Taman Sabah (Dr. Jamili Nais).

bertolak lebih kurang 11.30 pagi dari Semporna

perasmian oleh Dr.Jamili nais



peralatan scuba

peralatan scuba

pemandangan di pulau mabul


bertolak dari pulau mabul ke pulau sipadan dalam jam 4.30 petang

pemandangan di dasar laut


sampai di pulau sipadan dalam jam 5.30 petang dan khemah telah disediakan.

Ok! cukup disini dulu, ada sesiapa yang suka hidupan laut atau merin ?

2 comments: