Home » » De' KK | "Kota Kinabalu"

De' KK | "Kota Kinabalu"

Peta De' KK

Salam dari Wanes untuk semua, Kali ini aku teringin untuk membawa rakan-rakan untuk mengenali apa itu Kota Kinabalu.
Gerbang De' KK

Kota Kinabalu (atau "KK") ialah ibu negeri Sabah, Malaysia. Nama bandar ini diambil sempena nama gunung yang tertinggi di Sabah dan juga ketiga tertinggi di Asia Tenggara, iaitu Gunung Kinabalu. Terletak di Bahagian Pantai Barat Sabah, ia merupakan pusat perdagangan dan industri yang utama di negeri Sabah. Kota Kinabalu mencapai taraf bandar raya pada 2 Februari 2000.

Ikon De' KK

Kota Kinabalu berada pada latitud 5.983° dan longitud 116.067°. Semasa banci pada tahun 2000, jumlah penduduknya ialah 354,153 orang, dengan populasi metropolitan seramai 900,000 orang. Jumlah ini telah meningkat pada masa sekarang.

Pemandangan De' KK

Semasa pemerintahan British di negeri Sabah (dikenali sebagai "British North Borneo" pada waktu itu), pusat pemerintahannya Pulau Gaya. Satu peristiwa kebakaran telah melanda Pulau Gaya dan pihak British terpaksa mengalihkan pusat pemerintahan ke sebuah perkampungan nelayan di persisiran Pantai Barat Sabah yang dipanggil "Gentisan". Petempatan tersebut bertukar nama kepada "Jesselton" sempena memperingati Sir Charles Jessel. Apabila Sandakan, yang pada waktu itu merupakan ibu negeri "British North Borneo", musnah teruk dalam Perang Dunia Kedua, pentadbiran British telah dipindahkan ke Jesselton.

De' Yayasan Sabah KK

Jesselton kemudiannya bertukar nama kepada "Kota Kinabalu" pada tahun 1967, iaitu 4 tahun selepas Sabah menyertai gagasan Malaysia yang baru. Bandar raya ini telah melihat perkembangan yang pesat sekali pada tahun 1970-an dan 1990-an. Beberapa pekan yang baru telah muncul akibat daripada pembukaan paya bakau dan hutan belantara. Kota Kinabalu diisytiharkan menjadi bandar raya Malaysia yang pertama di alaf baru pada 2 Februari 2000. Datuk Ghani Rashid adalah Datuk Bandar Kota Kinabalu yang pertama. Datuk Iliyas Ibrahim dilantik sebagai Datuk Bandar kedua pada 2 Februari 2006, sempena ulangtahun keenam pengisytiharan Bandaraya ini, dan masih memegang jawatan tersebut sehingga hari ini.

Pesanan : Datanglah melawat D' KK dan seluruh tempat pelancongan De' Sabah.

4 comments:

  1. penghujung januari lepas...zana & family cuti2 ke kota kinabalu.....sungguh tak puas coz' dpt bercuti 4 hari jer...di sana...rasanyer byk tempat kami missed. tp insya allah akan berkunjung kembali ke KK dlm tahun nie jugak....

    hubby zana dah jatuh chenta ngan bumi KK

    ReplyDelete
  2. Hello zanna, harap anda dtg lagi. kalau boleh dtg waktu bukan cuti/cuti sekolah. musim tu ramai orang. Jgn lupa dtg Air Panas.

    ReplyDelete
  3. Hello zanna, harap anda dtg lagi. kalau boleh dtg waktu bukan cuti/cuti sekolah. musim tu ramai orang. Jgn lupa dtg Air Panas.

    ReplyDelete
  4. Hello zanna, harap anda dtg lagi. kalau boleh dtg waktu bukan cuti/cuti sekolah. musim tu ramai orang. Jgn lupa dtg Air Panas.

    ReplyDelete