Home » » Malang Berganda Menimpa MU

Malang Berganda Menimpa MU


punca kecederaan Rooney

Salam untuk semua penyokong MU dan juga semua pembaca-pembaca yang aku kasihi. Setelah MU menyerlah dengan begitu gagah akhirnya malang menimpa bila MU tewas 2-1 di tangan Bayern Munich dalam saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah. Tak cukup dengan kekecewaan ini, ditambah pula dengan kecederaan yang melanda ayam tambatan pasukanMU ,Wayne Rooney. "sedih betul aku"

Ferguson berkata, "Kami tidak bermain cukup baik dan sentiasa memberi bola kepada lawan, bagaimanapun kami akan bermain lebih baik dan tidak akan memberi bola dengan mudah seperti kami lakukan malam ini. Kami mendapat gol di tempat lawan dan itu satu kelebihan."

MU sebagai bekas juara Eropah tiga kali merasa perit dan tertekan kerana tonggak penyerangnya, Rooney terhincut-hincut keluar padang selepas memberi pelawat kelebihan dengan sepakan voli kaki kiri selepas perlawanan bermula hanya 66 saat.


keadaan Rooney selepas kecederaan

Rooney disepak di pergelangan kaki. Bagaimanapun kita berharap agar kecederaan Rooney tidak terlalu serius. Sebagai penyokong MU kebimbangan yang kita rasakan sama dengan kebimbangan peminat seluruh England, apatah lagi Piala Dunia Afrika Selatan hanya berbaki dua bulan.

Ferguson berkata "Rooney, dalam prestasi cemerlang kini, menggegar gawang 34 kali musim ini, ‘mungkin diragui’ untuk perlawanan penting Liga Perdana menentang Chelsea, Sabtu ini,"

Pesanan : sebagai penyokong MU, kita mengharapkan agar Rooney sembuh dengan cepat.

4 comments: