Home » » Selamat Tinggal AF8 Buat Anum

Selamat Tinggal AF8 Buat Anum


ANUM

Salam dari Wanes untuk semua. Sekali lagi terasa ketidakpuasan hati apabila Anum AF8 baru sahaja di umumkan penyingkirannya dari AF8. Bagi penilaian aku sendiri semasa persembahan Anum semalam, tidak ada kecacatan dan memang satu persembahan yang membanggakan.

Bagaimanapun inilah realitinya AF yang bergantung penuh kepada jumlah afundi yang kita sumbangkan kepada seseorang pelajar AF yang kita suka. Bila aku renung sejenak perjalanan AF dari mula-mula hingga sekarang memang terkandung ketidakpuasan, keraguan, kekecewaan dan sebagainya setiap kali berakhirnya setiap siri AF.

Dari segi ketidakpuasan, sememangnya hati manusia tidak boleh dipuaskan semuanya. Jika aku meminati Adira, belum tentu Eryati meminatinya. Begitu juga yang lain. "Lain orang lain citarasanya" Bagi peminat dan penyokong Anum sudah tentu kecewa dan tidak puas hati ketika ini, namun apakan daya kita cuma sebagai yang menurut keputusan pihak penganjur AF.

Sudah pastinya bagi penyokong Anum masih terpahat keraguan tentang keputusan yang baru di umumkan. Bagaimanakah ianya benar-benar tepat, sahih dan ikhlas. Tidak ada seorang pun kita yang dapat melihat afundi-afundi itu masuk kecuali pihak penganjur.

Tidak kurang juga yang kecewa setiap kali keputusan akhir AF di umumkan. Semasa MAWI dinobatkan sebagai juara dan FELIK hanya di tempat kedua pada suatu ketika dahulu, sudah tentunya penyokong-penyokong FELIK sangat merasa kecewa.

Apa pun sudah nyata bahawa AF adalah fantasi semata-mata dan realitinya hanya penganjur program yang berhak menentukan. Sebagai kesimpulannya, apa pun keputusan pihak penganjur terpaksa kita terima.

Pesanan : bagi penyokong Anum, jangan terlalu kecewa dan marilah sama-sama untuk menyokong seorang lagi yang berpotensi ke peringkat akhir AF8 iaitu Adira.

5 comments:

  1. suara anum bagus berbanding peserta lain.

    anum juga berani,tapi mungkin dia agak 'gedik' dalam akademi, dan itu menjadi punca di dia keluar.

    ReplyDelete
  2. ala...anum keluar ke...hiba nya..dia tu tulus sangat kot..tak pandai pura2 mcm yang lain..

    ReplyDelete
  3. hello dak pink, aku pun memang puj suara Anum ?

    Hai Nur, sebenarnya kita smua tak nak Anum keluar tapi ni lah realitinya AF ni.

    Keputusan 100% oleh penganjur

    ReplyDelete
  4. adat bertanding...ada menang ada kalah..

    ReplyDelete
  5. biler jer anum keluar orang ramai dah malas nak tengok af.nak tengok siapa lagi?semua mcm boring je.org nak tengok af excited nak tengok anum.sebab shes still young and bakat dia kalau digilap dia boleh jadi idola untuk ramai org.saya tak rasa dia gedik.dia tak berpura pura.dia lurus dan jenis jujur.mungkin character dia memang manja.adaq yang berpura pura dalam tu.mcm siapa nama dia yang dr srwk ..janda tu.tu baru ckp berpura pura.byk berlakon "BAIK"

    ReplyDelete