Home » » Blog | Angkara Facebook Isteri Membenci Suami

Blog | Angkara Facebook Isteri Membenci Suami

Salam wanes untuk semua, alam ciber telah mempermudahkan komunikasi antara kita dengan FACEBOOK. Namun disebalik kebaikan Facebook, terdapat juga pihak salah guna kemudahan Facebook hingga merosakkan hubungan suami isteri dan keluarga.

Hubungan suami isteri berantakan hingga akhirnya tiada jalan penyelamat kecuali bercerai.Kini mahkamah Syariah mula menerima kes-kes perceraian yang membabitkan penyalahgunaan Facebook. Sesuatu yang di luar jangkaan apabila kebanyakan kes-kes berpunca dari isteri yang banyak terjebek dengan skandal Facebook.

Rokiah adalah antara golongan isteri yang dimaksudkan. Dalam diam dan tanpa pengetahuan suaminya Lajim, dia sudah beberapa kali mengadakan pertemuan sulit di luar alam siber . Namun perkenalannya bermula di laman Facebook. Pada mulanya Rokiah berhubung dan berkenalan sekadar mengisi masa terluang. Perkenalan mereka berlarutan hingga menjadi medan untuk meluahkan masalah dan tempat untuk meminta pandangan.

~ gambar hiasan kasih sayang terjalin ~

Lajim langsung tidak menghiraukan walaupun Rokiah berjam-jam di hadapan komputer. Lajim tidak menyangka yang Rokiah sebenarnya sedang membuat curang terhadapnya. Akhirnya Lajim dapat mengesan perlakuan sumbang isterinya apabila Rokiah mula menunjukkan protes dan kebenciannya tanpa sebab secara terbuka. Segala keinginan Lajim ditolaknya mentah-mentah, termasuk untuk melakukan hubungan intim.

Tanpa berfikir panjang, Lajim yang merasa dirinya tertipu dengan lakonan dan helah Rokiah bersetuju untuk bercerai secara baik. Itupun setelah Rokiah secara jujur mengakui hubungan siber yang dilakukannya bersama seorang lelaki yang yang langsung tidak diketahui asal usulnya. Lelaki tersebut berjaya memainkan kata-kata indah, hingga Rokiah terasa terbuai dengan keasyikan dan pujian. Akibatnya segala-galanya berkenaan Lajim tampak buruk. (mingguan wanita 30/4-6/5)



~ gambar hiasan semata-mata tanpa kaitan dengan entri ~

Ok! wanes dedahkan fanomena yang berlaku ini sebagai teladan buat kitaorang yang memang bercinta-cintan dengan Facebook agar tidak menyalahgunakan teknologi canggih ini. Untuk korang yang belum menyiapkan tangga rumah (berkeluarga) hahaha. Wanes juga ada bukti dua kekasih di kampung wanes sendiri yang sudah bertahun lamanya berkasih sayang tapi akhirnya berpisah gara-gara si gadis upload gambar-gambarnya bersama lelaki lain.




10 comments:

  1. fuh..sampai mcm tu skali ye....spttnya isteri ptt tahu dia dah blaki, jgn nak curang pula..tk elok


    maya
    http://coretanmayaku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. hai maya, tq atas komennya..

    hello alynn, cerita lengkap boleh baca dlm mingguan wanita 30april-6mei..tq atas komennya..

    moga korang di murahkan rezeki..

    ReplyDelete
  3. puncanya salah memilih tempat meluahkan masalah T.T

    ReplyDelete
  4. hai simie,tq atas komennya yah! suami isteri sepatutnya saling meluahkan barulah bahagia..

    ReplyDelete
  5. hmmm kalau x facebook, ym pulak..kalau dah gatal tu,gatal jugak..haishh

    ReplyDelete
  6. hai rossoneri, ni lah manusiakan, pandai lupa diri. lupa peranan sbg isteri/suami org trsayang..gara2 FB/YM

    ReplyDelete