Home » » Blog | Benarkah Lelaki Suka Mempermainkan Wanita ?

Blog | Benarkah Lelaki Suka Mempermainkan Wanita ?

Salam wanes untuk semua. maaf di pohon kerana lama tak update. Apapun terima kasih buat rakan-rakan yang tetap setia berkunjung ke blog wanes. Bila wanes imbas kembali kunjungan wanes ke blog-blog rakan, teringat pula beberapa entri rakan yang sedey-sedey. So, wanes nak cubalah kongsi kesedihan rakan-rakan kita ni.

Ada yang kecewa dan sanggup melepaskan pria kesayangan mereka kepada wanita lain dan kesedihannya ditanggungnya dengan berat sekali. Ada pula yang sedey kerana seringkali dikecewakan oleh si kaum adam ni, hingga terpahat di hati mereka utuk menerima dan terus berkahwin dengan sesiapa sahaja lelaki yang datang padanya jika lelaki itu dari golongan baik-baik.

Wahai gadis-gadis di luar sana, marilah kita sama-sama berkongsi dengan sedikit pendapat dan pandangan wanes tentang perilaku lelaki yang sering korang ketemu di persimpangan antara cinta dan keegoan lelaki. Harap pria-pria di luar sana tak melancarkan perang gerila terhadap wanes yah.

Ada perilaku lelaki ni yang suka sangat bermain dengan kata-kata cinta, sayang, memuji dan sebagainya. Tambahan pula dengan teknologi canggih masa kini, tak perlu tulis surat berjela-jela. Cinta boleh diucapkan hanya dihujung jari-jemari melalui email, sms dan yang paling hangat sekarang adalah melalui Facebook. Ada isteri orang yang akhirnya bercerai dengan suami berpunca dengan permainan kata-kata cinta oleh si lelaki dalam Facebook. Awas! lelaki jenis ini agak sukar untuk menjadi setia kepada seorang gadis sahaja. Mereka lebih ego dan merasa seronok bila mereka berjaya mempermainkan kata-kata cinta palsu kepada gadis-gadis cantik seperti kamu. Apa lagi kalau mereka dapat menewaskan kamu hinga ke perkara yang tidak sepatutnya. Ada kalanya perilaku mereka ini didorong oleh persaingan si kaum adam itu sendiri. "kau tau, semalam aku dapat si anu..." pas tu seorang lagi "minggu lalu aku dapat si anu yang cantik tu" dan mula lah yang seorang ni yang tahu kawannya dah dapat korang dan pastinya dia akan cuba sedaya upayanya untuk mendapatkan kamu juga. Inilah jenis lelaki yang hanya suka berseronok-seronok. Lebih lagi jika lelaki itu kacak, orang berada dan terkenal.

Perilaku kedua lelaki adalah mereka yang dikecewakan oleh teman wanita yang sangat mereka sayangi. Bila mereka putus harapan dengan kekasih kesayangannya, mulalah dia mencari pengubat lukanya dengan perasaan dendam kerana dia masih dalam perasaan kecewa. Dia akan mempermain-mainkan gadis-gadis yang akan ditemuinya selepas kekecewaannya. Adakalanya perilaku si lelaki ini akan berlanjutan hinggalah luka dan perasaan dendamnya terlerai. Namun sudah berapa ramaikah gadis-gadis yang dia lukai sebelum dia menjadi baik semula. Lelaki jenis ini adakalanya akan tewas apabila dia bertemu dengan seseorang wanita yang benar-benar jujur dan mengambil berat serta menerima dia seadanya. Adakalanya juga lelaki ini akhirnya akan menjadi seorang yang bukan pemilih. Maksud wanes ialah siapa sahaja gadis yang dapat mengubati hatinya dan lebih lagi bila gadis yang ditemuinya ada kelebihan dari gadis kesayangannya yang telah menyakiti hatinya.

Perilaku ketiga lelaki adalah mereka memang serius pada mulanya tetapi bila mengetahui latar belakang si gadis pujaannya yang tidak berapa memuaskan hatinya, dia akan mencari beberapa alasan untuk meninggalkan gadis ini. Sebagai contoh, lelaki mencintai gadis itu atas dasar kecantikannya tetapi bila si lelaki mengetahui si gadis sebenarnya seorang yang ada unsur-unsur liar (wanes harap korang fahamlah maksud ni yah) dia akan berusaha untuk meninggalkan gadis itu. Ini sebenarnya perilaku lelaki yang baik. Kalau lelaki yang jenis tak baik, dia akan mempergunakan kesempatan ini untuk meraih keseronokan sebanyak mungkin hinggalah gadis ini sendiri yang akhirnya tidak mempercayai cinta si lelaki. Biasanya jenis lelaki ini akan melayan korang dengan keseronokan tetapi dia juga akan melakukan perkara yang serupa pada gadis-gadis lain di luar sana.

Wahai gadis-gadis yang murni hati wanita mu, berhati-hatilah bila memilih pria kesayangan mu, jangan terlalu mudah menyerahkan segala-gala demi cinta. Bahaya sedang mengintai cinta mu. Takut nanti wujud "habis madu, sepah dibuang". Ketahuilah kamu wahai kaum hawa, bahawa si lelaki yang terlalu cepat dan terburu-buru meminta yang lebih-lebih dari korang, 70% lelaki itu tidak jujur dan hanya menjadikan korang sebagai pelepas nafsu. Mengikut pengakuan seorang wanita dalam Majalah Wanita 30 april- 6 mei 2010 (m/s 64) dia bingung kerana asyik bertemu dengan lelaki yang meminta layanan seks. Lelaki ini akan pergi selepas mendapatkan yang dia ingin. Nah! jadikan ini sebagai satu teladan yang berguna untuk masa depan rumahtangga korang.

Dah terlalu panjang pula entri ni, masih banyak yang boleh kita bincang tentang perilaku lelaki ni tapi biarlah kita sambung pada entri-entri akan datang. Wahai kaum adam yang kurang iman dan suka sangat mempermain-mainkan gadis-gadis, bertaubatlah kerana di masa akan datang, korang juga akan punya anak-anak perempuan dan mahukah korang anak-anak korang mewarisi tulah dari perbuatan korang?


9 comments:

  1. saya pernah merasa dipermainkan olah lelaki..tapi kadang2 perempuan juga suke mempermainkan lelaki..
    perempuan2 diluar sana mestilah selalu berhati-hati ..
    dan lelaki, ade yang baik, tapi bile syaitan dan nafsu datang, mereka mula jadi lain..so same2 kne hati2

    ReplyDelete
  2. hai nabila, tahniah coz nabila sentiasa berhati2. adakalanya lelaki & pmpuan ni 2x5 juga tapi biarlah utk entri kali ni... esok2 kisah pmpuan pula..tq

    ReplyDelete
  3. ya benar..sy pun baca di majlh wanita pasal wanita tu..tq kerana memberi nsht dan prihatn pada wanita

    ReplyDelete
  4. normally pompuan yang mainkan lelaki

    ReplyDelete
  5. actually...sama jer ant laki dan perempuan...

    tnya pada hati...adakah kita betul2 ikhlas pada seseorg tu..if ikhlas..tiada istilah "mempermainkan" dlm sesebuah perhubungn.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    CARA MELETAKKAN LINK BERSAMA KOMEN ANDA

    ReplyDelete
  6. hai syuhada, sekadar berkongsi info..tq atas komennya..

    hello FeeQ, ya betul gak,adakalanya pempuan byk myakitkan hati lelaki..

    salam nabila,sebenarnya ia terpulang kpd diri seseorang. M/F sama sja, sama baiknya dan ada juga yg terpengaruh dgn kata2 main mitos cinta..

    Tq semua atas komennya..moga korand d murakhan rezeki..

    ReplyDelete
  7. sy suka entri wanes ni..

    btol apa yg wanes ckp 2..

    sy pun akan berhati2.. thnx for da advices.. :)

    ReplyDelete
  8. hahahhahaahh

    pompuan ada

    laki pon ada

    tp tgk lah apa yg ddorg buat ni nmpk kesannya d kmudian hari

    so...beware!

    ngahahahhahah

    ReplyDelete
  9. hello fath,wanes sekadar berkongsi pendpt saja, tak semestinya benar yg wanes ckpkan..

    hai jane,apa yg wanes ckp ni mmg M/F 1-1. depend seseorg tu lah..tapi org skrng baik2..cerita ni cerita lama..

    ReplyDelete