Home » » Blog | Gerak Gempur Afundi Adira

Blog | Gerak Gempur Afundi Adira



Salam wanes untuk semua. Entri kali ini teristimewa kepada penyokong2, peminat2, fanclub, pengundi2 ADIRA dan juga kepada semua yang sudi menjenguk Blog Wanes. Malam ini merupakan malam penentuan untuk menentukan juara AF8 dan marilah gerak gempur afundi Adira dari sekarang.

Malam ini, juara Akademi Fantasia 8 (AF8) bakal diketahui. Diipancarkan di saluran Astro Ria secara siaran langsung menerusi Stadium Putra, Bukit Jalil, kelima-lima finalis iaitu Maulana, Adira, Shahir, Daus dan Iwan bakal berentap serta menunjukkan bakat, kehebatan dan kemampuan masing-masing.

Mampukah Adira merampas semula takhta juara wanita AF8 selepas Mila dan Stacy?

Atau mampukah Shahir mencipta rekod baru untuk pelajar yang di Afmasuk menjadi juara? Semuanya terpulang kepada anda untuk menilai siapakah yang benar-benar layak berada di takhta yang paling atas.

Pun begitu, bukan saja Shahir yang boleh melakar sejarah tetapi berkemungkinan besar Iwan boleh mencatat rekod baru apabila menjadi juara AF yang pertama dari Negeri Sembilan. Mungkin juga Iwan boleh melakar senyuman kebanggaan orang Negeri Sembilan selepas Nubhan yang meraih tempat ketiga dalam AF6.

Apapun, Maulana dan Daus juga jangan dipandang remeh kerana peserta dari Johor dan Sarawak pernah merangkul juara iaitu Mawi dan Hafiz.

Oleh itu, untuk menentukan siapa juara sebenarnya, tertakluk kepada jumlah undian kita kepada pelajar2 AF8. Mari kita gerak gempur untuk menghantar Afundi kepada Adira sekarang juga.

KEDUDUKAN TERKINI AFUNDI ADIRA SETAKAT INI MENJADI TANDA TANYA KERANA UNDIAN TERKINI TIDAK DIPAPARKAN. MARI KITA GERAK GEMPUR UNTUK MENGHANTAR UNDIAN KEPADA ADIRA SEKARANG JUGA

AFUNDI ADIRA

0 comments:

Post a Comment