Home » » Blog | Resepi Pisang Goreng + Straw ?

Blog | Resepi Pisang Goreng + Straw ?




















Salam dari wanes untuk semua, hari ini wanes bersama dengan rakan-rakan sekerja menjelajah ke Serinsim Kota Marudu untuk melaksanakan satu tugasan penting di sana. Kebiasaannya setiap kali kami ke sana, kami akan mengambil beberapa masa untuk singgah minum nescafe sambil makan pisang goreng di gerai-gerai tepi jalan Kota Belud ke Kota Marudu. Kali ini kami tak singgah kerana adanya berita tentang pisang goreng campur straw.

Mungkin korang dah lama dengar perkara ni dan telahpun di keluarkan dalam surat kabar di Sabah beberapa minggu lalu tetapi wanes baru nak imbas kembali dalam entri ni, kebetulan pula kami berlalu di kawasan yang banyak menjual pisang goreng di tepi-tepi jalan Kota Belud. Walaupun tidak disebut di mana tempat yang terlibat dalam penggunaan straw ni tapi wanes was-was untuk membeli pisang goreng buat masa ni.

Menurut cerita, pisang goreng campur straw ni sebenarnya dikesan apabila masih ada puntungan straw yang bercampur dengan pisang goreng tersebut. Maksudnya puntungan straw tersebut tidak cair semasa di goreng. Menurut cerita lagi, straw itu sebenarnya akan cair bersama minyak semasa memasak pisang goreng tersebut. ala la la, tergamaknya!!

Pisang goreng yang dicampur dengan straw sangat rangup rasanya dan kerangupan pisang goreng tersebut boleh tahan sehingga 3 hari. Biasanya pisang goreng biasa akan kurang rangup setelah sejuk selepas beberapa lama di goreng. Biasanya orang suka yang rangup-rangup ni termasuk wanes. Tambahan pula sebelum ni wanes memang suka sangat makan pisang goreng.

Penjajah-penjajah pisang goreng yang tidak bertanggungjawab ini sebenarnya tidak menghiraukan kesan dari segi kesihatan pelanggannya. Yang penting banyak duit masuk! Bukankah plastik mempunyai bahan kimia yang tidak baik untuk kesihatan. Mungkin hanya sebilangan kecil sahaja penjajah yang terlibat dalam perkara ini tetapi kesannya mendalam kepada pengemar-pengemar pisang goreng seperti wanes. Buat masa ini wanes kurangkan makan pisang goreng.

Apakah pula pandangan korang tentang perkara ni?

10 comments:

  1. mcm ini pun ade ke? .. siap campur ngan straw.. ish3
    agak2 lepas nie campur ngan ape lak ea? simen?..ha3

    ReplyDelete
  2. hello fareast, ni lah yg merisaukan..bikin takut gak..tq yer atas komennya..moga terus success..

    ReplyDelete
  3. sebenarnya teknik goreng bersama straw sudah diapply secara industri seperti industri ikan bilis goreng. Sebenarnya, jika 1 kg minyak masak digunakan, 1/2 atau 1 straw sahaja diguna untuk goreng. straw biasanya diletakkan ke dalam minyak selepas minyak panas, kemudian straw itu sudah cair habis, barulah bahan-bahan untuk digoreng dimasukkan.

    ReplyDelete
  4. This blog is so nice to me. I will continue to come here again and again. Visit my link as well. Good luck
    cara menggugurkan kandungan

    ReplyDelete