Home » » Blog | Tanda-Tanda Lelaki Kembali Remaja

Blog | Tanda-Tanda Lelaki Kembali Remaja




Salam wanes untuk semua, entri kali ini wanes kongsikan bersama hasil dari perbualan beberapa orang wanita yang sempat wanes curi-curi dengar. Beberapa tanda lelaki kembali remaja atau jelasnya hati lelaki kembali seperti remaja. Mengikut kajian seseorang lelaki akan mengalami suatu proses perubahan dalam lingkungan umur 40-an. Dimana lelaki tersebut akan merasa seperti remaja atau pendek kata perasaannya kembali muda. Benar atau tidak aku pun ndak tau.. ini adalah menurut kata wanita-wanita itu.


~ perasaan ingin seperti Ronaldo ~

Pertama sekali kita lihat penampilan si lelaki. "hahaha" kalau dulunya si lelaki sisirannya balah siring, tiba-tiba dia mau ubah ke balah tengah ker! tiada belah ker tapi rambutnya mula di sisir secara berdiri ( macam stail ala-ala remaja masa kini ) Bah! awaslah ko isteri, itu salah satu tanda perasaan suami korang kembali remaja. "kehkehkeh" pandai-pandailah pakai lipstik korang tebah-tebahnyah!

~ mungkin stail si suami ala-ala Ronaldo ~

Kedua, dari segi citarasa. Kalau suami korang ingin sahaja memiliki kereta baru, Bah! itu juga salah satu tanda perasaan suami korang kembali remaja. Dia ingin sentiasa kelihatan bergaya. Cara berpakaiannya akan lebih segak, seperti orang muda lah katakan. "wakaka" hatinya jer lah yang muda. Tapi wahai isteri-isteri, dalam tahap ini korang haruslah pandai mengawal dan kalau boleh ikat suami korang dengan kasih sayang yang sangat intim kerana takut nanti selain dia mau kereta baru, keinginannya untuk inginkan pendamping baru akan memuncak( isteri baru). Kalau tak terkawal, alamatlah korang akan dapat sebotol lagi madu lebah."kehkehkeh"

Ini aje lah tanda-tanda yang sempat wanes curi-curi dengar dari wanita-wanita tersebut, yang selebihnya engkau oranglah yang adakan kaji selidik. "muahaha"

Pesanan : Gambar dalam entri ini hanyalah sebagai hiasan dari google. Siapa minat Ronaldo angkat tangan!

6 comments: