Home » » Blog | Tips Langsingkan Tubuh

Blog | Tips Langsingkan Tubuh

Salam wanes untuk semua, wanes nak kongsi korang beberapa tips untuk langsingkan badan. Diet yang dikenali dengan "Alternate Day Diet" menerapkan satu prinsip iaitu sehari makan sedikit (lebih kurang 50% dari pengambilan makanan biasa anda) dan makan seperti biasa pada hari berikutnya. Diet ini dikatakan dapat merangsang gen "pelangsing" yang akan mendorong tubuh membakar lemak. Macamlah ko ni langsing sangat yer wanes, "muahaha".

Penemuan pola diet ini, menurut Krista Varady dari university of llinois, Chicago, amat penting dan diet ini menjadi pilihan yang realistik dan mudah diterapkan kepada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan (obes).

Tips-tips yang disarankan oleh Johnson pula adalah seperti berikut;

Hari Petama - anda boleh mengambil makanan biasa pada hari-hari puasa. Jumlahnya bergantung kepada sasaran anda. Mengambil 35 peratus dari sasaran harian akan membantu anda menurunkan berat badan. Makan 50 atau 60 peratus membantu anda mempertahankan berat badan

Hari Kedua - anda boleh makan sebanyak mana yang anda suka pada hari berikutnya. (Selang seli sehari dengan puasa dan diet), tetapi pastikan anda menghindari makan terlalu berlebihan. Pastikan juga anda memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sebelum wanes berhenti mengetuk keyboard laptop ni, wanes ingin memaklumkan kepada rakan-rakan bahawa wanes agak jarang update blog dan blogwalking di akhir-akhir ini memandangkan wanes agak sibuk mengikuti latihan sukan jabatan yang akan di adakan tidak lama lagi.

Bila sibuk berlatih pagi dan kemudian kerja hingga petang, bila balik rumah rasanya badan agak letih dan cepat betul pula berdengkur. hahaha, baru duduk depan laptop, mata dah sayu-sayu dan akhirnya terpejam sendiri.

Semoga tips langsingkan badan ini sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai panduan korang memilih pola diet dan pelangsing badan yang sesuai untuk korang. Wanes dah kecik moleh badan ni. "wakaka"


7 comments:

  1. tips yang bagus...weeee boleh langsingkan badan...=)

    ReplyDelete
  2. hai robina, badan awak juga langsing.. :D

    ReplyDelete
  3. hi noor afzan, ni wanes baca dlm majalah wanita bah..

    ReplyDelete
  4. wahh! nice tips! mahu langsing juga! hehe*mcm lah gemok sngt :p

    ReplyDelete
  5. hai anne, wanes rasa anne tak perlulah langsing sangat. yg skrang cukup ok sudah tu..

    ReplyDelete
  6. salam wanes,

    secara teorinya, semua tips di atas adalah berkenaan 'mengurangkan pengambilan' kalori (makanan) tapi 'meningkatkan penggunaan' kalori (aktiviti), dan semua ini bersamaan dengan weight loss..

    My tips berkenaan diet dan kesihatan
    http://sususejat.blogspot.com

    ReplyDelete