Home » » Blog | Malang Tidak Berbau

Blog | Malang Tidak Berbau


Salam wanes untuk semua. Setibanya wanes dari Pulau Selingan petang tadi, terus ke pekan Ranau untuk shopping. Bila siap wanes pulang ke rumah tetapi sebelum sampai rumah wanes terjumpa dengan pelawat Taman Air Panas yang baru sahaja mengalami kemalangan di jalan Taman Air Panas menuju pekan Ranau sekitar jam 6.15 petang tadi. Lebih kurang 5 km dari Taman Air Panas Poring.




Beberapa orang yang telah sedia berada di tempat kejadian telah mengangkat mangsa untuk dimasukkan ke dalam wira aerobic wanes untuk di hantar kembali ke Hospital Ranau yang berada kira-kira 18 KM dari tempat kejadian. Mangsa dalam keadaan kesakitan sepanjang perjalanan ke hospital.


Mengikut maklumat dalam kad pengenalan, mangsa berasal dari kampung tinutuan, Kudat bersama seorang lelaki. Maklumat penuh wanes tidak dapat pastikan kerana mangsa masih dalam keadaan kesakitan walaupun sudah berada di unit kecemasan hospital Ranau. Mangsa lelaki tidak berapa teruk kecederaannya dan dia menyusul di belakang bersama dengan kereta yang menarik proton iswara mereka yang telah mengalami kerosakan teruk.



Memandangkan proton iswara tersebut sukar ditarik maka pihak ambulance dari hospital Ranau telah mengambil mangsa lelaki yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Punca kemalangan wanes tidak dapat pastikan. Bagaimanapun keadaan jalan ini dari Taman Air Panas, Poring adalah curam menuruni bukit lebih kurang 1 Km dan di hujung nya terdapat 1 selekoh tajam yang yang telah mengakibatkan banyak kemalangan dan juga telah meragut beberapa nyawa. Menurut pemerhatian wanes, masih kurang tanda-tanda keselamatan jalan oleh pihak Jabatan Kerja Raya di sepanjang jalan yang selalu terjadi kemalangan ini.

Cadangan wanes kepada pihak tertentu (JKR) agar memandang serius tanda keselamatan jalan yang sudah banyak kali terjadi kemalangan ini. Antara tanda/sign yang wanes fikirkan perlu ;

1- AWAS KAWASAN KEMALANGAN
2- BERHATI-HATI DI KAWASAN KEMALANGAN
3- AWAS SELEKOH MERBAHAYA DI HADAPAN

Pihak JKR lebih arif dengan keperluan tanda/sign di jalan-jalan seperti ini. Perhatian khusus dari pihak kerajaan amat perlu untuk mencari jalan bagi meluruskan selekoh yang tajam ini.

Pesanan; kepada para pelawat yang berkunjung ke Taman Air Panas, Poring tumpukankan perhatian korang dalam pemanduan di kawasan kemalangan yang wanes maksudkan ini. Semoga info ini dapat di ambil perhatian oleh pihat-pihak tertentu dan juga para pelawat semua.



5 comments:

  1. ada signboard pun masih lg durg drive laju2...

    ReplyDelete
  2. hai eryati, ni lah masalah yg sukar di ubah oleh org lainkan. Betul juga tu, kita sediakan amaran keselamatan sepanjang jln pn tiada makna klu pemandu tiada motivasi diri..

    ReplyDelete
  3. hrumm...

    ngeri jer rasa bila baca tntg kemalangn ni...moga mangsa selamt.. :)

    ReplyDelete
  4. hai nabilah, kesian pelawat 2.. mereka dtg berseronok2 tapi malang pula menimpa. kita doakan agar mereka cepat sembuh..moga nabila success selalu..

    ReplyDelete
  5. ye lah..datang nak bersuka2, tentunya mereka pun tak nak perkara ini berlaku..

    Semoga pelawat2/mangsa cepat sembuh...

    ReplyDelete