Home » » Blog | Kontijen Taman Kinabalu Siap Berentap Dalam Sukan Taman-Taman Sabah

Blog | Kontijen Taman Kinabalu Siap Berentap Dalam Sukan Taman-Taman Sabah


Salam wanes untuk semua, hari ini merupakan hari penyerahan baju kontijen Taman Kinabalu dan juga amanat dari Pengerusi Kelab Sukan Taman Kinabalu sebelum bertolak ke Sandakan pada 9/6/2010 untuk berentap dalam Sukan Tahunan Taman-Taman Sabah Kali Ke-17 yang berlangsung di Komplek Stadium Sandakan dari 10-13/06/2010.

Kontijen Taman Kinabalu merupakan Kontijen juara bertahan dan sukan pada kali ini juga kontijen ini yakin dapat mempertahankan kejuaraan. Seramai 87 peserta kontijen Taman Kinabalu telah bersedia untuk menyertai berbagai acara sukan. Pakaian hijau muda merupakan baju kontijen ini untuk bertarung dengan 3 penjuru yang lain iaitu Taman Pantai Barat, Taman Pantai Timur dan Taman Banjaran Kroker.

Setiap kali sukan tahunan jabatan ini di adakan, kontijen Taman Kinabalu sentiasa mempunyai kata-kata slogan dan pembakar semangat pasukan. Slogan tahun-tahun lalu adalah "Kasi Gegar!", "Kasi Malatop!" dan slogan Taman Kinabalu Fanclub untuk kali ini adalah "Sapu Rata!". Kontijen memilih slogan ini kerana beberapa sebab dan antaranya adalah semua acara sukan yang dipertandingkan dalam sukan kali ini telah disertai kesemuanya oleh kontijen Taman Kinabalu.

Antara acara sukan yang sering dijuarai oleh kontijen Taman Kinabalu pada sukan yang lalu-lalu adalah Bola Sepak, Bola Tampar perempuan, Olahraga, Futsal perempuan dan tarik tali. Pada sukan kali ini juga kontijen Taman Kinabalu akan berusaha untuk mempertahankan acara-acara ini.

Acara-acara sukan yang dipertandingkan pada kali ini adalah;
1. Olahraga (lelaki/perempuan)
2. Bola Sepak (lelaki terbuka/veteran)
3. Sepak Takraw (lelaki terbuka/veteran)
4. Futsal (lelaki/perempuan terbuka dan veteran lelaki)
5. Badminton (single, double dan mix double)
6. Bowling (lelaki/perempuan)
7. Tarik tali (lelaki/perempuan)
8. Bola tampar (lelaki/perempuan)
9. Bola jaring (perempuan)

Sampai disini dulu untuk kali ini dan ucapan selamat berjaya kepada kontijen Taman Kinabalu.

Untuk korang yang sudi menjelajah di blog wanes, ucapan setinggi-tinggi penghargaan dari wanes, moga Tuhan memberkati dan korang di murahkan rezeki.


0 comments:

Post a Comment