Salam wanes untuk semua, wanes baru kembali dari Sukan Tahunan Taman-Taman Sabah Kali Ke-17 yang berlangsung di Komplek Stadium Sandakan dari 10-13/06/2010.
Kontijen Taman Kinabalu telah cuba sedaya upaya untuk bertarung dengan 3 penjuru yang lain iaitu Taman Pantai Barat, Taman Pantai Timur dan Taman Banjaran Kroker.
Slogan "Sapu Rata!" oleh kontijen Taman Kinabalu pada kali ini merupakan pembakar semangat untuk Taman Kinabalu sendiri dalam apa jua pertarungan sukan. Kontijen ini juga berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan kerana semua acara yang dipertandingkan di sertai oleh Taman Kinabalu dan hampir kesemua acara berjaya mendapat pingat sekurang-kurangnya pingat gangsa.
Setelah berhempas pulas untuk bersaing, akhirnya Taman Kinabalu berjaya mengekalkan kejuaraan dengan mendapat pingat emas dalam acara berikut;
1. Bola Sepak2. Futsal Wanita
3. Tarik tali Wanita
4. Bola tampar Wanita
5. Lontar Peluru Wanita
6. Lempar Cekera Lelaki
7. Rejam Lembing Lelaki

Tmn. Kinabalu Fanclub
Wanes sebagai wakil Kontijen Taman Kinabalu mengucapkan tahniah kepada kontijen Taman Pantai Barat yang sangat menyerlah pada sukan kali ini dengan menduduki tempat kedua. Ucapan tahniah juga kepada Taman Banjaran Kroker dan Taman Pantai Timur. Terima kasih juga kepada pihak penganjur iaitu Taman Pantai Timur yang telah berusaha untuk menjayakan sukan kali ke-17 ini dengan jayanya.Untuk korang yang sudi menjelajah di blog wanes, ucapan setinggi-tinggi penghargaan dari wanes, moga Tuhan memberkati dan korang di murahkan rezeki.
wah..hebat...mmg sapu rata...tahniah ya.. :)
ReplyDeletejom ke APA KATA HATI pulak,
20 THINGS ABOUT NABILAH
tq nabilah, atas kesetiaan nabilah melawat blog wanes..nabilah juga hebat dlm blog..tahniah..
ReplyDelete