Home » » Blog | World Cup Banyak Kejutan

Blog | World Cup Banyak Kejutan


Salam wanes untuk semua, terlebih dahulu wanes mohon maaf buat korang semua yang setia menjenguk blog wanes. Semoga korang terus diberkati kerana kesetiaan korang. Berbalik kepada tajuk entri kali ini, bagi wanes World Cup 2010 banyak kejutannya.

Sejak mula world cup kali ini ramai antara kita yang gagal menjangka mana pasukan yang akan menang dalam sesuatu perlawanan. Pada pusingan pertama lagi, telah tersingkir beberapa pasukan yang berpotensi untuk masuk ke separuh akhir seperti portugal.

Sejak semalam pula, pasukan pilihan rata-rata peminat bola sepak dunia iaitu Brazil telah disingkirkan oleh Neterland dengan 2-1 dan pada awal malam tadi pasukan yang diwar-warkan untuk masuk ke pusingan akhir iaitu pasukan Argentina telah disingkirkan oleh pasukan Jerman dengan gol yang benar-benar mengejutkan seluruh dunia iaitu 4-0.

2010 FIFA World Cup™: Quarter-finals

- Add to iGoogle
Argentina0:4Germany

Uruguay1 (4):1 (2)Ghana

Netherlands2:1Brazil







Upcoming matches:
Paraguayvs.Spain-4 Jul 2:30am (Malaysia (Kuala Lumpur)

Menang atau kalah itu adat permainan, cuma saja wanes kurang senang dengan pengulas di malaysia semasa perlawanan ini. Bagi wanes apa pun keputusan permainan itu, haruslah kita hormati, lebih-lebih lagi untuk pengulas permainan. Kata-kata yang kurang sedap di hati wanes dari pengulas malam tadi dilemparkan kepada Daego Maradona selaku jurulatih Argentina dan sebagai lambang Bola Sepak satu waktu dahulu. Tidaklah perlu di ulas tentang baju baliau mahupun kekurangan baliau tetapi cuba kita letakkan diri kita di tempat baliau ketika menerima kekalahan pasukan pimpinan baliau, apa perasaan kita?

Untuk mengetahui keputusan akhir, marilah kita sama-sama untuk terus menonton World Cup yang banyak kejutan pada 2010 ini. Buat korang yang sudi membaca entri kali ini wanes rakamkan penghargaan yang tak terhingga dan mohon maaf kiranya ada kata-kata wanes yang emosi mahupun tidak menyenangkan hati korang. Jumpa lagi di entri akan datang.

0 comments:

Post a Comment