Home » » Blog | Suasana Puasa

Blog | Suasana Puasa

Salam damai, salam 1 Malaysia untuk semua. Selamat berpuasa kepada seluruh rakyat Malaysia. salam bertemu untuk rakan2 blogger.

Sejak bermulanya suasana puasa, banyak restoran dan gerai2 yang sunyi namun para pengusaha telah bersedia dan ramai pengusaha restoran yang telah mengalihkan aktiviti mereka kepada menjual barang2 keperluan harian seperti pakaian, beg, alat elektronik dan sebagainya. Ia lebih ketara kelihatan bagi pengusaha2 restoran India. Dengan tindakan bijak para pengusaha, income mereka tidak tergendala.


Poring Hot Spring

Taman Air Panas Juga mengalami sedikit penurunan pelawat terutama sekali pelawat tempatan. Bagaimanapun pelawat luar negara tetap tidak berubah. Wanes dedahkan suasana puasa ini sekadar ingin berkongsi maklumat kehadiran pelawat di tempat2 pelancongan pada musim puasa. Suasana ini juga tidak memberi impak yang besar kerana masa sebulan itu tidaklah lama. Sebaliknya mengikut kajian kami sebelum ini setiap kali pada musim cuti Hari Raya, pelawat yang datang ke Taman Air Panas akan lebih ramai dari biasa.

Sekali lagi wanes ucapkan selamat menunaikan kewajipan kepada semua rakan2. Kita bertemu lagi dalam entri akan datang...

p.s hidup dengan kasih, murah hati dan penuh kesetiaan akan membuat kehidupan sempurna

4 comments: