Home » , » Blog | Cara Memetik Buah Langsat

Blog | Cara Memetik Buah Langsat

Salam 1 Malaysia untuk semua. Pernahkah anda melihat atau mengambil sendiri buah langsat dari pokoknya? Wanes pasti ramai yang tahu cara-cara memetik buah langsat ini tapi tidak salah kalau bertukar-tukar kaedah kan! Mungkin cara Wanes berlainan dengan cara korang.

Pilih-pilih buah langsat

Mula-mula sekali proses memeriksa pokok langsat yang hendak di ambil buahnya. Manalah tau terdapat sarang semuat. Lebih bahaya jika terdapat sarang penyengat. Kalau dah semuanya selamat dan buahnya lebat pula, bolehlah anda memanjat pokoknya. Kena hati-hatilah ye. Tapi jangan takutlah, jatuh pun ke bawa juga.. bukan ke atas..wakaka!

Buah Langsat ni dah masak

Bila hendak panjat, jangan lupa lah pula beg sikut dan talinya sekali ye..nanti susah lagi korang naik turun, naik turun untuk hantar buah langsat tu..Kalau ada beg dengan talinya senanglah sebab bila dah penuh korang cuma turunkan beg tu dengan tali kemudian tari semula untuk pengisian seterusnya.

Beg sikut / barait

Untuk mengambil buah langsat, kenalah ada teman. Kerja teman serang ni adalah untuk menyambut beg korang yang penuh dengan buah langsat. Beg besar atau karung haruslah disediakan di bawah untuk tempat pengumpulan buah langsat ye.

Dah penuh bakul ni, siapa nak datang ambil, wakaka!

Jadi kalau dah penuh karung dengan buah langsat berhentilah kan untuk memetik buah langsat. Sebelum turun tu bolehlah korang makan-makan dulu sampai puas baru turun ke bawah. Pernah waktu kecik-kecik, naik pokok langsat semata-mata untuk makan sampai kenyang. Bila dah kenyang, mampui tak dapat turun sebab terlalu kenyang. mujurlah pokok langsat tu masih rendah. Terpaksa bapa tebang pokok kayu untuk dijadikan tangga baru dapat turun. Wakaka!

Penat! seharian petik buah langsat..

p.s Kalau nak petik buah langsat, kat atas makan sikit je, lepas turun barulah korang makan sampai tak dapat jalan untuk pulang.. :P

2 comments: