Home » » Blog | Jelajah Jepun

Blog | Jelajah Jepun

Salam bertemu dan salam perantauan. Kali ini Wanes akan cerita sedikit tentang perjalanan Wanes dari Kota Kinabalu, Sabah ke Jepun dalam Jelajah Jepun.

Obihiro, Hokaido

Wanes bertolak dari KKIA (Kota Kinabalu pada jam 15.30 petang pada 24/09/2010. Tiba di KLIA (Kuala Lumpur) pada jam 17.55. Transit dan bertolak dari KLIA pada jam 19.30 malam dan tiba di Changi Singapore jam 20.25. Kemudian terbang dari Singapore jam 22.40pm dan tiba di Tokyo Narita pada jam 6.45 pagi. Naik bas untuk ke lapangan terbang di Tokyo Haneda dan terbang pada jam 11.00 pagi. Tiba di lapangan terbang Obihiro pada jam 12.35pm. Dari sini Wanes menaiki bus hingga ke Hotel Washington di Obihiro, Hokaido. Lemas juga Wanes rasa perjalanan jauh smpai dua hari.


Okey, sebagai pengenalan negara Jepun merupakan negara yang maju. Bandarayanya tersusun dan orang-orang disini sangat berdisplin. Banyak benda-benda baru yang kita temui disini. Tandas di sini sangat bersih dan sistem peralatannya canggih. Tong-tong sampah tidak kelihatan di kawasan bandar dan sampah-sarap juga sukar ditemui. Wanes bawa korang untuk lihat pic yang tak seberapa sebagai pengenalan.

Wanes akan terus menceritakan perantauan Wanes selama 2 bulan di Jepun dari masa ke semasa. Korang akan mengetahui serta sedikit tentang negara Jepun melalui Blog Wanes ini..


Firstly kena mohon Pasport dan Visa

Lepas urusan tiket, apa tunggu lagi..Terbanglah...

JAL adalah penerbangan dari Singapore ke Jepun

Dah sampai Jepun ni...

Sekitar Jepun
Jepun View (Obihiro, Hokaido)

Jepun (Obihiro, Hokaido)

Jepun (Obihiro, Hokaido)

p.s Perkongsian maklumat adalah satu pembelajaran tanpa henti







2 comments: