Home » » Blog | Perjalanan Di Kuala Lumpur

Blog | Perjalanan Di Kuala Lumpur


Salam 1 Malaysia untuk semua. Salam bertemu kembali di sekitar Kuala Lumpur.

Pada hari ini 17 Sept 2010, Wanes telah berjalan-jalan di sekitarkawasan Kuala Lumpur. Terutamanya di kawasan Bukit Bintang, Petaling Street, Masjid Jamek, KL Sentral, KLCC dan beberapa kawasan lain. Mula-mula naik Monoril, Train, KTM dan Teksi. Semua di cuba untuk merasa kelainannya. Masing-masing ada kelebihannya.




Lihat kiri, lihat kanan, depan dan belakang. Itulah tugas Wanes sepanjang perjalanan. Setelah sisten pengangkutan dicuba, sistem pengangkutan sendiri dengan menaiki kasut juga digunakan, Wakaka! Adakalanya setelah jauh berjalan tiba-tiba Wanes perasan dah kembali ke laluan tadi. Maklum sahajalah bukan selalu di sinikan. Ahaks! Satu leretan lukisan yang menarik perhatian Wanes adalah lukisan di bawah ini, sangat menarik dan kreatif.


Sebenarnya tujuan sebenar Wanes ke Kuala Lumpur kali ini adalah untuk menghadiri satu sesi taklimat dari pihak Japan International CooprationAgency (JICA) di Menara Citi Bank. Selepas selesai taklimat barulah Wanes merayau di sekitar Kuala Lumpur.


Sekian dulu untuk kali ini, bertemu kembali di entri akan datang.

p.s Mengembara tidak bererti melupakan negeri sendiri, sebaliknya berjalanlah untuk menambah ilmu di merata dunia bagi menambah kualiti inovasi minda.

0 comments:

Post a Comment