Home » , » Blog | Poring Hot Spring | Souvenir Shop

Blog | Poring Hot Spring | Souvenir Shop

Salam 1 Malaysia untuk semua. Semoga anda semua sihat dan gembira selepas beraya. Wanes nak mengalu-alukan anda untuk berkunjung ke Porng Hot Spring Souvenir Shop.

Poring Hot Spring terletak di daerah Ranau, Sabah. Merupakan sebuah tempat pelancongan yang dikenali di mata dunia. Biasanya pelancong yang mendaki Gunung Kinabalu akan bermalam di Poring Hot Spring setelah turun dari gunung untuk berehat, mandi dan menghilangkan penat di kolam air panas, Poring. Adalah dipercayai bahawa air panas ini dapat mengurangkan rasa penat dan mengurangkan rasa sakit kaki disebabkan mendaki Gunung Kinabalu.

Untuk kemudahan para pelancong, banyak gerai cendera kenangan telah dibina di hadapan pintu masuk Poring Hot Spring sebagai tempat pelancong membeli cendera kenangan untuk di bawa pulang. Salah sebuah gerai ini yang baru di buka pada Ogos 2010 adalah Poring Hot spring Souvenir Shop. Gerai ini menyediakan berbagai souvenir, craft dan gift untuk anda membelinya sebagai ole-ole kepada rakan-rakan mahupun kekasih dan keluarga anda. Kepada anda yang bercadang untuk melancong ke sini, jangan lupa menyingah di Poring Hot Spring Souvenir Shop.

Poring Hot Spring Souvenir Shop


Souvenir dibuat dari batu


Tangkai Kunci Sabah Borneo


Tangkai Kunci Pensil


Tangkai Kunci Sabah Map


Handphone Housing

Masih Terlalu banyak barangan Souvenir yang terdapat di Poring Hot Spring Souvenir Shop. Datanglah untuk mendapatkan Souvenir yang menjadi idaman anda sendiri mahupun untuk si dia kesayangan anda.




0 comments:

Post a Comment