Home » » Blog | Sekolah Untuk Pelajar Hamil

Blog | Sekolah Untuk Pelajar Hamil

Salam 1 Malaysia untuk semua,

Sebuah sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin, Melaka akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sekolah itu yang dikenali sebagai ''sekolah harapan'', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM). Sumber: Berita Harian Online

Apakah pendapat anda tentang pengujudan sekolah seumpama ini? Sudah tentunya ada antara anda yang pro dan ada juga yang kontra. Jika difikirkan secara dalam mungkin ianya baik bagi menjamin seseorang pelajar yang hamil untuk terus belajar namun apa akan jadi kepada peratusan jumlah pelajar yang hamil, pada pendapat anda adakah peratusannya akan meningkat atau menurun? Tidak mustahil juga peratusannya akan meningkat kerana gadis sekolah akan lebih merasa selamat kerana jika mereka hamil pun masih boleh meneruskan pelajaran!

Lisdawati mengandung - google

Apa pun Wanes hanya mampu berharap agar kemudahan seperti ini tidak menjadi penggalak kepada kelakuan tidak senonoh oleh pelajar-pelajar sekolah.

p.s Remaja adalah tunjang kekuatan negara pada masa akan datang, jika moral remaja runtuh sudah pastinya negara akan terhuyung-hayang.

6 comments: